Senin, 03 Mei 2010

Perkenalan teknik sipil...

SINOPSIS
[A]: SINOPSIS RANCANGAN SARJANA MUDA KEJURUTERAAN BAHAN
PERINGKAT 100
EBB 113/3 - Bahan Kejuruteraan
Objektif : Pelajar-pelajar dijangka dapat mengetahui dan memahami asas-asas kejuruteraan bahan serta
hubungan antara struktur dan sifat bahan.
Sinopsis :
1. Pengenalan Bahan: Bahan kejuruteraan - Jenis-jenis bahan kejuruteraan (logam,
polimer seramik dan komposit), sifat-sifat asas bahan, perbandingan sifat-sifat
secara umum.
2. Struktur Bahan: Pengenalan - struktur atom dan molekul, Sifat kedualan zarah dan
gelombang, gelombang elektron, struktur atom hidrogen, paras tenaga elektron
dalam atom, konfigurasi elektronik elektron, jadual berkala, keupayaan pengionan,
aktiviti elektron dan keelektronegatifan; Ikatan antara atom; struktur molekul;
Susunan atom (KBJ, KBM dan SPH).
Struktur Hablur Pepejal - tujuh sistem hablur dan 14 kekisi Bravais. Indeks Miller
dan kekisi Bravais, kedudukan kekisi, arah dan satah dalam unit sel; Pembelauan
sinar-x dan penentuan struktur hablur, Hukum Bragg.
Kecacatan/Ketidaksempurnaan Hablur - Ketidaksempurnaan kimia, kecacatan titik,
kecacatan garis, kecacatan satah, kecacatan antara muka dan kecacatan pukal
(ketidaksempurnaan tiga dimensi).
3. Sifat-sifat mekanik bahan dan pengujian:
Mikrostruktur bahan dan kawalannya di bawah keadaan keseimbangan -
Gambarajah fasa bagi bahan satu fasa dan berbagai fasa, Peraturan fasa Gibbs,
lengkuk penyejukkan dan gambarajah fasa bagi sistem-sistem yang berbeza (sistem
binari, sistem binari dengan eutektik, euktektoid, peritektik dan monotektik),
pembentukan mikrostruktur dan penggunaan peraturan tuas.
Gambarajah fasa : Sistem Fe-Fe3C, Sn-Pb, Al-Si, Cu-Zn, Al2O3-SiO2, MgO-al2O3
adalah antara contoh yang akan digunakan dalam perbincangan.
Kesan pengenaan tegasan terhadap bahan, ubahbentuk bahan, ubahbentuk kenyal
dan plastik, lengkuk tegasan-terikan (kejuruteraan dan sebenar), sistem gelincir,
ubahbentuk hablur tunggal - Hukum Schmid, Tegasan ricih dan tegasan ricih
terlerai, kaitan kehelan dengan ubahbentuk, kesan pengerasan terikan dan
pengerasan kerja.
Kelakuan bahan terhadap tegasan tegangan, mampatan dan hentaman, kegagalan
yang diakibatkan oleh proses rayapan (creep), lesu dan kepatahan. Kaedah-kaedah
ujian. Kekerasan dan ujiannya. Kelakuan tegasan - terikan bahan seramik,
bebanan tiga titik, kekuatan lenturan atau modulus pecah.
4. Resapan : mekanisme resapan, resapan keadaan mantap dan tak mantap (Hukum
Fick’s I dan II), faktor mempengaruhi resapan, resapan cara yang lain.
Rujukan : 1. Callister, W. D., ‘Materials Science and Engineering : An
Introduction’, 5th. Ed., New York : John Wiley, 2000.
2. Shackelford, J. F., ‘Introduction to Materials Science for
Engineers’, 3rd. Ed., Maxwell Macmillan Int. Ed., 1992.
3. Smith, W. F., ‘Principles of Materials Science and Engineering’,
2nd. Ed., McGraw.Hill, 1990.
EBB 154/2 - Makmal Bahan
Objektif : Memberi pendedahan kerja-kerja amali berkaitan prinsip-prinsip asas
sains bahan.
Sinopsis : Amali berhubung dengan prinsip-prinsip asas sains bahan.
Prinsip Asas Sains Bahan
􀂃 Pengenalpastian bahan-bahan kejuruteraan dan sifat-sifat bahan
􀂃 Penyusunan atom
􀂃 Keliangan dan ketumpatan bahan-bahan kejuruteraan
􀂃 Kelikatan bendalir
􀂃 Pemadatan serbuk seramik
􀂃 Mikroskop optik : suatu pengenalan
􀂃 Analisis kualitatif dengan kaedah penyerakan sinar-x
􀂃 Pengecaman unsur (struktur hablur) – kaedah serbuk sinar - x
􀂃 Taburan saiz partikel
􀂃 Keplastikan tanah - indeks keplastikan Atterberg.
Rujukan : 1. Callister, W. D., Materials Science and Engineering : An
Introduction 5th. Ed, New York : John Wiley, 2000.
2. Smith, W. F., Principles of Materials Science and Engineering, 2nd.
Ed, McGraw - Hill, 1990.
3. Abdullah, M., Ahmad, S., Abu Talib, I., Sains Bahan, Jilid 2, DBP,
1993.
EBB 160/3 - Kimia Fizikal Bahan Kejuruteraan
Objektif : Pelajar-pelajar dijangka dapat memahami konsep asas termodinamik,
kinatik dan elektrokimia.
Sinopsis : Pengenalan kepada Termodinamik ; Hukum Pertama Termodinamik. Kerja pengembangan
dan pemampatan, entalpi, muatan haba. Termokimia dan kegunaannya dalam metalurgi.
Hukum Kedua Termodinamik ; Fungsi kebedaan entropi, proses siklik. Beberapa hubungan
termodinamik yang melibatkan Tenaga Bebas Gibbs. Hubungan antara angkatap
keseimbangan dan suhu bagi tindakbalas.
Kinetik Tindakbalas ; kesan kepekatan bahan bertindakbalas dan kepekatan zat tindakbalas.
Penentuan tertib dan pemalar halaju bagi tindakbalas. Kesan suhu terhadap kadar
tindakbalas. Teori kadar tindakbalas mutlak. Katalisis (mangkin). Pembauran dalam
keadaan pepejal.
Elektrokimia ; Elektrolit, konduktans dalam elektrolit. Keupayaan Elektrod. Sel Galvanik.
Penyukatan sel e.m.f dan keupayaan elektrod. Keupayaan Penurunan dan pengoksidan. Siri
keupayaan Elektrod Piawai.
Fenomena antaramuka ; Tenaga permukaan dan ketegangan Permukaan. Tenaga antaramuka
selain daripada antaramuka gas/cecair. Antaramuka tiga fasa. Penjerapan dan koloid.
Rujukan : 1. Pengenalan Kimia Metalurgi, Azizan Aziz & Kamarudin Hussin,
USM Pulau Pinang.
2. Chemical Metallurgy, 2nd. Ed., J. J. Moore, Butterworth 1998.
3. Chemical Metallurgy - Principles & Practice, C. K. Gupta, 2000.
PERINGKAT 200
EBB 202/3 - Kristalografi & Ikatan Dalam Pepejal
Objektif : Mempelajari asas simetri dalam hablur dan pembangunan kumpulan ruang - pencirian simetri
hablur. Ikatan dalam pepejal, struktur atom & molekul serta prinsip dan aplikasi teknik
Pembelauan Sinar-X juga disentuh.
Sinopsis : Pengenalan kepada elemen-elemen simetri dan kegunaan unsur simetri di dalam hablur dan
teknik-teknik indeks. Simetri hablur, kumpulan titik dan kumpulan ruang - pencirian hablur.
Penyampaian data kristalografi dan bersudut melalui pelunjuran stereografik.
Prinsip dan amalan teknik pembelauan sinar-x bagi bahan-bahan berhablur. Penerangan foto
sinar-X dan data pembelauan. Aplikasi pembelauan sinar-X; penggunaan XRD kaedah
serbuk untuk mengenalpasti bahan, foto Laue untuk menentukan orentasi hablur tunggal,
kaedah mendapatkan maklumat mengenai terikan, saiz partikel, kesempurnaan hablur dan
tekstur.
Pengantar kimia hablur bagi bahan. Jenis-jenis pepejal dan ikatan kimia berkaitan. Struktur
atom - orbital atom & molekul. Prinsip mekanik gelombang.
Rujukan : 1. Hammond, C., The Basics of Crystallography and Diffraction,
Oxford Uni. Press, 1998.
2. Donald Bloss, Crystallography and Crystal Chemistry : An
Introduction, Holt, Rinehart & Winston, Inc, 1971.
3. Gray, H. B., Chemical Bonds : An Introduction to Atomic and Molecular Structure,
Benjamin/Cummings Publishing, 1973.
EBB 204/2 - Makmal Sifat-Sifat Bahan
Objektif : Memperolehi pengalaman dalam ujian dan pencirian bahan.
Sinopsis : Amali berkaitan dengan sifat-sifat mekanik bahan serta kaedah-kaedah
pengujian bahan.
1. Perubahan sifat kaca
2. Ujian kakisan logam
3. Ujian hentaman
4. Perubahan struktur dan sifat keluli lembut yang dikimpal
5. Ujian lenturan dan penentuan MOR
6. Ujian tegangan
7. Ujian kekerasan
8. Ujian lesu
9. Ujian rayapan
10. Sifat pengembangan terma bahan
11. Sifat Polimer
Rujukan : 1. George E. Dieter, Mechanical Metallurgy; SI metric ed., McGraw
Hill, 1988.
2. Callister, W. D., Materials Science and Engineering : An Introduction, 5th. ed. New
York, John Wiley, 2000.
3. James F. Shackelford, Introduction to Materials Science for Engineers, 3rd. ed.,
Maxwell Macmillan Int. ed., 1992.
EBB 210E/2 - Kawalan Proses
Objektif : Memberikan konsep asas bagi sistem kawalan proses.
Sinopsis : Konsep asas bagi sistem kawalan proses, kawalan berterusan dan berkelompok; Penggunaan
perisian komputer untuk mengembangkan dan melaksanakan algoritma kawalan untuk
proses-proses yang telah dipilih, pemilihan kelengkapan dan perkakasan untuk tujuan
kawalan proses; Perlaksanaan dan pengurusan projek - merekabentuk dan perlaksanaan
sistem kawalan.
Rujukan : 1. Coughanowr, D. R., “Process Systems Analysis and Control”, 2nd.
ed., McGraw - Hill, 1991.
2. Dorf, R. C. & Bishop, R. H., “Modern Control Systems”, 8th. ed,
Addison-Wesley, 1998.
3. Ogata, K., “Kejuruteraan Kawalan Moden”, edisi ke-2, Penerbit
UTM Skudai, Johor, 1996.
EBB 212/4 - Bahan Mentah & Seramik Struktur
Objektif : Memberikan asas-asas berhubung bahan mentah yang digunakan dalam bidang/industri
seramik pada masa kini dan pada masa akan datang. Selain itu, teknologi penghasilan dan
sifat simen dan konkrit serta hasilan tanahliat berat disentuh.
Sinopsis : Pengenalan ringkas mengenai seramik :
Memberikan gambaran mengenai kaedah-kaedah pembentukan dan sifat. Termasuk
kefahaman tentang bahan mentah yang digunakan sama ada mineral semulajadi atau serbuk
yang disediakan secara kimia. Tanahliat ialah suatu contoh bahan mentah mineral yang akan
disentuh dengan mendalam. Alumina Bayer dan magnesia dari air laut ialah contoh serbuk
yang disediakan secara kimia yang ada kaitan dengan refraktori.
Tanahliat :
Geologi, perolehan dan pemunafaatan tanahliat, struktur hablur silikat yang berkaitan,
pencirian tanahliat Cina dan bebola; keplastikan tanahliat, tindakan haba terhadap tanahliat.
Serbuk : Penyediaan, pemprosesan dan Pencirian.
Takrifan istilah: partikel, aglomerat dan agregat. Berbagai bentuk partikel yang
dipertimbangkan sama ada sfera, rod atau plat. Saiz dan taburan saiz partikel. Kaedah
penilaian saiz partikel - ayakan, penentuan luas permukaan penyerapan, pemendakan (pipet
Andreason, sedigraf, sedigraf sinar-x), kaedah mikroskop (optik, SEM, TEM), pembelauan
laser.
Serbuk yang disediakan secara kimia dan penguraian :
(a) Proses alumina Bayer - alumina biasa dan aktif
(b) Magnesia air laut
Pengisaran :
Tindakan pengisaran - penghancuran, hentaman dan geseran serta lelasan. Jenis-jenis
pengisar yang dikelaskan oleh tindakan pengisaran (pengisar bebola yang terdiri dari
berbagai jenis pengisar bergetar dan pengisar tenaga bendalir). Media pengisar dan pelapik
pengisar - masalah pencemaran, kadar pengisaran berkadaran dengan ketumpatan, media -
kesan saiz media terhadap kecekapan pengisaran. Pengisaran litar terbuka dan tertutup
(huraian mengenai alat-alat pengkelasan - pengkelasan udara dan hidrosiklon). Kelakuan
partikel sebagai fungsi: saiz partikel - had pengisaran (pendahuluan untuk kursus kepecahan
bahan seramik).
Kesan haba: ke atas bahan mentah dan jasad seramik.
Pencampuran :
Amalan pencampuran dalam industri seramik. Masalah penyahcampuran. Masalah
memecahkan aglomerat dan agregat. Teknik-teknik pencampuran yang diamalkan ;
1. Serbuk kering - seperti pencampuran penambul V dan Y.
2. Adunan - seperti pencampuran berpisau Z, pengisar berputar ganda tiga.
3. Bubur - seperti pengisar bebola, pengaduk.
Penyembur kering :
Pengering yang mempunyai pengatoman muncung dan disk. Kecekapan terma pengering dan
fungsi saiz. Pembentukan granul - saiz granul maksima sebagai fungsi jarak laluan
penerbangan.
Teknologi Hasilan Tanahliat Berat :
Pengkelasan, jenis-jenis kegunaan, bahan mentah utama dan sampingan, teknologi
penghasilan digunakan dan kaedah pembentukan, efloresens dan scum, tindakan haba ke atas
tanahliat (ringkas).
Simen dan Konkrit :
Takrifan dan kegunaan umum. Cara-cara dihasilkan dan Parameter kawalan. Juzuk-juzuk
utama simen portland serta sifat-sifat. Proses penghidratan dan penentuan ke atas sifat.
Hukum abraus dan konkrit.
Rujukan : 1. James S. Reed, ‘Introduction to the Principles of Ceramic
Processing’, John Wiley & Son, 1988.
2. Lea, F. M., ‘Chemistry of Cement and Concrete’, 3rd. ed., New
York, Chemical Pub, 1971.
3. Segal D., ‘Chemical Synthesis of Advanced Ceramic Materials’, Cambridge
University Press, (1991).
EBB 215E/3 - Bahan Semikonduktor
Objektif : Memperkenalkan bahan-bahan semikonduktor, sifat-sifat dan
penciriannya. Juga melibatkan konsep simpangan PN yang merupakan elemen asas kepada
peranti opto-elektronik dan semikonduktor.
Sinopsis : Konsep asas elektrikal, i.e medan elektrik, keupayaan, ketumpatan arus, Hukum Gauss,
persamaan Poisson, Hukum Ohm. Pengenalan umum mengenai semikonduktor; penerangan
merangkumi keberintangan, kehabluran dan sela jalur. Sel unit, jenis kekisi, susunan
padatan, struktur zinc blende dan sebagainya.
Struktur atom, konsep Bohr, permasalahan dengan teori klasik, penerangan ringkas mengenai
kelakuan gelombang elektron, prinsip kuantum, jalur konduksi, pembentukan jalur valens,
zon Brilloin, semikonduktor intrinsik dan extrinsik, jisim effektif. Struktur elektronik dan
pembentukan hablur Si, Ge.
Level Fermi, kepekatan keseimbangan lubang - elektron, ketakvarianan level Fermi,
kekonduksian, keboleh gerakan, halaju hanyut pengangkut, kesan Hall, pergerakan caj,
kelakuan hanyut dan resapan, semikonduktor dalam keseimbangan, persamaan Einstein.
Pembentukan simpang, keupayaan sentuhan, Kaedah pembentukan simpang.
Simpang p-n, analisis diod dc dan ac, pencirian IV, kapasitan simpang, switching, simpang
logam semikonduktor - halangan Schottky, sentuhan Ohmic.
Rujukan : 1. Robert F. Coughlin and Frederick F. Driscoll, ‘Semiconductor
Fundamentals’, Prentice Hall.
2. David H. Navon, ‘Electronic Materials and Devices’, Houghton
Mifflin Co.
3. Ben G. Streetman, “Solid State Electronic Devices”, Prentice Hall.
EBB 220/3 - Polimer Kejuruteraan
Objektif : Merangkumi aspek-aspek kejuruteraan asas kimia polimer, pemprosesan dan pengeluaran.
Sinopsis : Pengenalan kepada kepelbagaian polimer, terutama dari aspek pengkelasan dan kaedah
pempolimeran. Hubungkait struktur, sifat dan penggunaannya sebagai bahan kejuruteraan
dalam julat keadaan tertentu. Contoh-contoh polimer komersial – termoplastik dan termoset
untuk aplikasi am dan kejuruteraan.
Konsep-konsep asas pengubahsuaian polimer melalui penyebatian polimer dengan
penambahan pelbagai jenis penambah seperti pemplastik, pembantu pemprosesan, penstabil
dan lain-lain.
Pengukuhan dan penguatan dalam plastik (komposit), terutama pengukuh jenis diperkuatkan
(reinforcing type) seperti gentian dan ‘whisker’ dibandingkan dengan pengisi ‘extender’ atau
‘particulate’.
Pelbagai teknik pemprosesan lazim seperti pengekstrudan, acuan tiupan. Faktor-faktor yang
mengawal mutu produk.
Pengenalan kepada reologi serta kepentingannya dalam membantu pemprosesan. Kaedah
pengukuran sifat-sifat reologi serta faktor-faktor yang mengawalnya.
Konsep kelikatkenyalan (viscoelasticity) polimer dalam bentuk pepejal dan leburan. Konsep
pensandaran sifat - sifat/masa/suhu dengan penggunaan kurva induk (master curve) dalam
rekabentuk.
Rujukan : 1. Billmeyer, F. W., ‘Textbook of Polymer Science’, 2nd Ed., London,
Wiley-Interscience, 1971.
2. Schultz, J. M., ‘Polymer Materials Science’, Englewood Cliffs,
New Jersey ; Prentice-Hall, 1971.
3. Nielsen, L. E., ‘Polymer Rheology’, Mercel Dekker, 1977
EBB 222/4 - Metalurgi Fizikal
Objektif : Mempelajari aspek metalurgi fizikal; struktur dan sifat fizikal bahan, rawatan haba dan
sebagainya.
Sinopsis : Metalurgi Fizik. Struktur hablur dan sifat-sifat logam tak aloi. Pemejalan. Ubahbentuk
plastik. Mekanisme penguatan; pengerasan larutan pepejal; pengerasan ubahbentuk;
pengerasan mendakan; pengerasan tertib-taktertib.
Pemulihan, penghabluran semula dan pertumbuhan butir. Gambarajah besi-karbon.
Gambarajah T-T-T. Keterkerasan. Rawatan haba untuk keluli. Logam bukan ferus dan aloi.
Rawatan haba logam bukan ferus. Logam dan aloi untuk kegunaan pada suhu tinggi dan
suhu rendah. Besi tuangan dan keluli Nirkarat.
Rujukan : 1. Avner, S. H., ‘Introduction to Physical Metallurgy : An
Introduction’, 2nd. Ed., New York : McGraw - Hill, 1974.
2. D. A. Porter and K. E. Easterling, ‘Phase Transformations in metals and Alloys’,
2nd. Ed., Chapman & Hall, 1992.
3. Kalpakjian, S. & Schmid, S. R., ‘Manufacturing Engineering and Technology’ 4th.
Ed., Prentice Hall, 2001.
EBB 224/3 - Rekabentuk Bahan Kejuruteraan
Objektif : Mempelajari asas-asas rekabentuk bagi berbagai-bagai keadaan beban dan pemprosesan.
Sinopsis : 1. Kesan sifat-sifat bahan kepada rekabentuk : Faktor-faktor
mempengaruhi kelakuan bahan di dalam komponen, variasi statistik sifat-sifat
bahan, penumpuan tegasan, rekabentuk untuk kekuatan static, rekabentuk dengan
bahan berkekuatan tinggi keliatan tinggi, rekabentuk melibatkan lesu, rekabentuk di
bawah keadaan suhu tinggi.
2. Kesan proses-proses pembuatan ke atas rekabentuk : Faktor penting dalam rekabentuk
komponen tuangan/plastik acuan/tempaan. Rekabentuk komponen diperbuat dari
metalurgi serbuk dan kepingan logam, rekabentuk melibatkan proses penyambungan
automasi.
Rujukan : 1. Mahmoud M. Farag, ‘Selection of Materials and Manufacturing
Processes For Engineering Design’, Prentice Hall, 1989.
2. Scheffer, Saxena Antolovich & Sanders, Warner, ‘The Science and Design of
Engineering Materials’, 2nd. Edition, McGraw Hill, 1999.
3. Pat L. Mangonon, ‘The Principles of Materials Selection for Engineering Design’,
Prentice Hall, 1999.
EBB 250/2 - Kaedah Komputer Untuk Jurutera
Objektif : Memberi pendedahan mengenai beberapa kaedah komputer yang penting dalam kejuruteraan
– Visual Basic, Excel.
Sinopsis : Pengenalan Kepada Komputer, Pengaturcaraan dan Sistem Operasi, Pengenalan Kepada VB
6, Kawalan Intrinsik, Prosedur dan Jenis Data, Debugging Tools, Kotak Menu dan Dialog,
Fungsi Database dalam VB Aplikasi Office, Multiple Document Interfaces.
Pengenalan dan Asas Excel. Penggunaan Fungsi, Carta.
Aplikasi: Curve Fitting, User - Defined Functions, Modelling, Penyelesaian Persamaan,
Pengkamiran Numerik, Persamaan Pembeza.
Rujukan :
1. Michael Ekadahl & William Newna, “Programming with
Microsoft Visual Basic 6.0 An Object - Oriented Appoch”, ITP
1999.
2. Robert J. Spear & Timothy M. Spear “Introduction to Computer Programming
Visual basic 6.0”, The Dryden Press, 2000.
3. Bernard V. Liengme, “A Guide to Microsoft Excel for Scientist and Engineers”,
Arnold, 1997.
PERINGKAT 300
EBB 316/3 - Kakisan & Degradasi
Objektif : Mempelajari tentang kakisan logam dan degradasi bahan, jenis-jenis kakisan, teori dan
kawalan serta perlindungan kakisan.
Sinopsis : Kakisan:
Definasi kakisan. Kepentingan kakisan. Jenis-jenis kakisan. Mekanisme elektrokimia asas
dan teori kakisan elektrokimia. Termodinamik sel kakisan. Kecenderungan kakisan dan
keupayaan elektrod. Gambarajah Pourbaix. Kinetik elektrod dan kinetik kakisan
elektrokimia, kadar kakisan, pengutuban. Teori elektrod tunggal, toeri dua elektod, teori
keupayaan-campur. Kakisan setempat - saling tindak antara kakisan dan daya mekanik.
Perlindungan kakisan - elektrokimia, salutan, perencat, rekabentuk dan pemilihan bahan.
Degradasi - Bahan-bahan polimer, simen dan konkrit, kaca.
Pengoksidaan suhu tinggi.
Rujukan : 1. Fontana, M. G & Greene N. D., ‘Corrosion Engineering’, 3rd. ed.,
New York, McGraw - Hill, 1986.
2. Wranglen, Gosta, ‘Introduction to Corrosion and Protection of Metals’, London :
Chapman & Hall, 1985.
EBB 317/2 - Makmal Pemprosesan Bahan
Objektif : Memberikan latihan amali berhubung pemprosesan bahan-bahan
kejuruteraan.
Sinopsis : Amali pemprosesan bahan :
1. Penuangan Slip/sifat Aliran Slip
2. Pembuatan Acuan Plaster Paris
3. Penyemperitan
4. Proses Penekanan Serbuk
5. Proses Pelicauan & Hiasan
6. Pembuatan Acuan Pasir CO2
7. Peleburan & Penuangan Logam
8. Kebolehkimpalan
9. Penjorongan
Rujukan : 1. Allen Dinsdale : terjemahan Radzali Othman dan Ahmad Fauzi
Mohd Noor, ‘Sains Tembikar : Bahan, Proses dan hasilan’, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
2. Kalpakjian, Serope, “Manufacturing Engineering and Technology”, Adison Wesley
Publishing Company USA 1995.
3. ‘Metal Handbook’ Vol. 5 “Forging and Casting” 8th. Edition, American Society For
Metal, Ohio.
EBB 323/3 - Teknologi Fabrikasi Semikonduktor
Objektif : Teknologi pembuatan wafer silicon dan litar terkamil.
Sinopsis : Pengenalan umum mengenai sejarah pembangunan mikro-elektronik.
Kecacatan dan penulenan Si, Pertumbuhan hablur tunggal – kaedah Bridgman, Czochralski &
kaedah zon apungan, penyediaan wafer atau substrat – pensaizan diameter, orientasi dsbg.,
kecacatan proses dan pengalahan.
Pertumbuhan filem nipis – epitaksi, proses dan penerbitan matematik, pengoksidaan termal,
terbitan ketebalan lapisan oksida, proses peresapan, pembentukan simpang, proses
pemasukan ion.
Fotolitografi, penyediaan permukaan, penghasilan paten, penjajaran topeng dsbg. Idea-idea
mengenai bentuk lain litografi – sinar-X, alur electron dsbg., ‘metallization’, ‘interconnects’.
Pemasangan semikonduktor dan pembungkusan, teknik-teknik kualiti dan keboleharapan.
Semikonduktor amorfus dan organik.
Rujukan : 1. Roy A. Colclaser, ‘Miroelectronic Processing and Device Design’,
John Wiley & Sons.
2. T.E. Price, ‘Introduction to VLSI Technology’, Prentice Hall.
3. W.R. Runyan and K.E. Bean, ‘Semiconductor IC Processing Technology’,
Addison-Wesley.
EBB 324/4 - Komposit dan Bahan Termaju
Objektif : Mendalami proses penghasilan, sifat dan kegunaan bahan termaju dan
komposit.
Sinopsis : Pengenalan pembangunan bahan-bahan termaju dan aplikasinya.
Bahan-bahan seramik kejuruteraan untuk enjin haba, elektronik, automotif, bio-bahan, biomedik
dan lain-lain.
Pemprosesan termaju melibatkan seramik. Pembangunan aloi, aloi refraktori, superaloi: aloialoi
termaju berasaskan Ti, Ni, Al-Li dan lain-lain. Pembuatan dan aplikasinya. Bahan antaralogam.
Bahan komposit - berbagai komposit (komposit logam, seramik, polimer), peranan matrik
dan penguat. Kaedah pembuatan dan mekanisme penguatan, Mekanisme kegagalan,
penggunaan dan rekabentuk melibatkan komposit.
Rujukan : 1. Ronald F. Gibson, ‘Principles of Composite Material Mechanics’,
McGraw – Hill, Inc, 1994.
2. F. L. Matthews, R. D. Rawlings, ‘Composite Materials; Engineering and Science’,
Chapman & Hall, 1994.
EBB 325/2 - Makmal Mikroskopi
Objektif : Memberi pendedahan tentang kajian mikrostruktur dan aspek berkaitan latihan metalografi.
Sinopsis : Makmal mengkaji mikrostruktur bahan-bahan kejuruteraan - struktur tuangan, eutektik,
struktur bahan terawat haba, struktur kerja sejuk dan kerja panas dan lain-lain struktur yang
berkaitan. Terdapat 10 eksperimen, setiap ekseperimen mengambil masa selama 3 jam.
Penyediaan metalografi dan pemeriksaan logam - kajian punaran makro keluli karbon dan
aloi.
Kajian metalografi logam tulin, larutan pepejal dan hablur-hablur sebatian. Kajian
metalografik keluli karbon, keluli aloi dan besi tuang. Penyelidikan taburan kawasan kayasulfur
di dalam keluli dengan cetakan sulfur.
Metalografi kuantitatif: Penentuan saiz butiran dan pecahan isipadu fasa kedua. Kajian
kekerasan keluli terlindap-kejut sebagai fungsi terhadap kandungan karbon, penguraian
austenit sebagai fungsi kadar penyejukan di dalam pelbagai keluli dan keluli terbaja.
Pemerhatian mikrostruktur pada suhu ternaik dengan bantuan mikroskop pentas panas.
Mengkaji kesan kerja sejuk, penghabluran dan penumbuhan butiran di dalam loyang.
Mengkaji pelbagai tatacara rawatan haba ke atas keluli-karbon biasa seperti
penyepuhlindapan penuh, penormalan dan pembajaan. Mengkaji kekerasan dan
mikrosktruktur sebagai fungsi kadar lindapkejut dan mengkaji kebolehkerasan keluli melalui
Ujian Jominy. Mengkaji larutan pepejal dan pengerasan pemendahan.
Penyediaan sampel metalografi dan pemeriksaan seramik dan komposit, contohnya kajian ke
atas tanah liat, seramik, bahan binaan, tembikar, refraktori, kaca, kaca-seramik, licau,
komposit aluminium, silikon nitrida dan bahan-bahan seramik lain.
Rujukan : 1. Sidney H. Avner, ‘Introduction to Physical Metallurgy’, 2nd. ed.,
McGraw - Hill Int. Ed., 1974.
2. R. Haynes, ‘Optical Microscopy of Materials’, Int. Textbook Co., 1984.
3. Metal Handbook, American Society for Metal, Ohio.
EBB 332/4 - Tembikar & Kaca
Objektif : Memperkenalkan konsep kaedah penghasilan tembikar putih dan kaca, serta kegunaan
hasilan dan sifat hasilan.
Sinopsis : Kaca:
Pengenalan - kaca dan sejarahnya, sifat-sifat kaca. Kaca - bahan mentah, sifat kaca leburkelikatan,
penghabluran, ketumpatan dan lain-lain sifat fizikal.
Kaedah pengeluaran/penghasilan kaca:
Komposisi, struktur dan sifat kaca. Prinsip asas dalam peleburan kaca, penyediaan bahan
mentah, pembentukan kaca, penyepuhlindapan kaca. Sifat-sifat kaca - sifat mekanikal, terma
optik, elektrik dan ketahanlasak kimia.
Jenis-jenis kaca:
Kaca silika (kaca kuarza), kaca kepingan dan bekas, kaca piring, (sistem kaca Na2O-CaOSiO2),
kaca hablur (sistem K2O-PbO-SiO2), kaca rintangan haba (sistem Na2O-B2O3-SiO2),
kaca berwarna-bahan tambahan, kaca optik dan kaca gantian serta lain-lain jenis kaca.
Seramik - kaca (seramik - kaca teknikal) - prinsip kawalan, penghablur, jenis-jenis kaca
teknikal dan penggunaan.
Tembikar Putih:
Pengkelasan hasil-hasil tembikar putih dan lain-lain barangan poteri (ringkasan bagi setiap
hasil). Bahan mentah utama dan tambahan - komposisi tipikal. Kaedah-kaedah Fabrikasi -
ulangan ringkasan penyediaan serbuk dan bahan mentah, pemprosesan jasad melalui slip
jasad pertengahan - penyediaan dan pengawalan slip, pembentukan tuangan slip (‘Drain
casting’, ‘solid casting’ dan ‘tape casting’). Jasad plastik - kaedah pembentukan plastik
(penyemperitan, pemesinan, penekanan plastik (Proses Ram), acuan suntikan, penjingkan ,
penjolian dan kaedah kepala berputar).
Penekanan serbuk- ringkasan kaedah penyediaan serbuk untuk tujuan penekanan -
penghasilan ubin dan barangan mendatar. Faktor-faktor yang mempengaruhi sifat jasad yang
dihasilkan.
Pengeringan dan pembakaran - mekanisme pengeringan dan kesan haba ke atas jasad,
penvitrusan dan perubahan mikrostruktur yang dialami. Amalan pembakaran-perancangan
dan jadual pembakaran, penyusunan dan pensettan barangan. Jenis-jenis tanur untuk
pengeringan dan pembakaran (tanur terowong dan sebagainya), Perkakas-perkakas tanur,
kecacatan barangan selepas pengeringan dan pembakaran. Kerosakan-kerosakan di dalam
poteri (paip pusat, muka-tegang, kehilangan acuan baru). Kaedah-kaedah untuk
mengatasi/mengurangkan kecacatan/kerosakkan.
Rujukan : 1. H. Rawson, ‘Properties and Applications of Glass; Glass Science
& Tech 3’, Elsevier Pub, 1980.
2. W. Ryan and C. Radford, ‘Whitewares Production, Testing and Quality Control’,
Pergamon Press, 1987.
3. Rado, P., ‘Introduction To The Technology of Pottery’, 2nd. ed., Oxford : Pergamon
Press, 1988.
EBB 333/3 - Proses-Proses Pengangkutan
Objektif : Mempelajari mengenai dinamik bendalir (sifat likat bahan bendalir), tenaga pengangkutan,
persamaan tenaga dan pengangkutan jisim.
Sinopsis : Pemindahan Momentum :
Jenis aliran bendalir, aliran lamina, aliran gelora, Nombor Reynold, konsep kelikatan,
bendalir Newton, Hukum kelikatan Newton, tegasan terikan, kelikatan gas. Kesan suhu ke
atas kelikatan cecair dan gas. Bendalir bukan Newton.
Keseimbangan momentum: aliran di antara kepungan selari, aliran melalui paip, persamaan
momentum umum, Navier-Stokes dalam koordinat cartesian, polar dan sfera. Bentuk-bentuk
termudah seperti yang digunakan untuk aliran melintas kepingan dan aliran simetri paksi di
dalam suatu tiub.
Faktor geseran untuk aliran lamina dan gelora. Kesan kekasaran permukaan, Nombor
Reynold Kritikal, teori lapisan sempadan. Kehilangan tenaga di dalam aliran paip -
persamaan Bernoulli. Kehilangan terus akibat geseran (persamaan Poiseuille dan Formula
Darcy). Kehilangan terus di dalam sistem perpaipan.
Ukuran aliran, meter halaju, pirostatik dan centirometer. Anemometer dawai panas.
Pemetaan medan halaju 2D dan 3D.
Analisis Dimensi.
Pengenalan kepada haba:
Pengaliran, Hukum Fourier, Persamaan Laplace, pengaliran keadaan 1-D, kepingan rata tak
terhingga, dinding komposit, silinder komposit, analogi elektrik, Hukum Pendinginan
Newton.
Pengaliran mantap 2-D, pengaliran tak mantap, lindap-kejutan dan pemejalan, pendekatan
jisim gumpal pengaliran fana dan penyelesaian fungsi ralat.
Pemindahan haba perolakan - perolakan bebas dan paksa, lapisan sempadan haba- kaedah
pengkamiran, pemindahan haba secara perolakan - dalaman dan luaran, Nombor Nusselt,
Nombor Stanton, Nombor Grashof. Hubungan empirik untuk pemindahan haba secara
perolakan gelora. Lapisan sempadan haba. Jenis-jenis penukar haba, perbezaan suhu minlog,
kaedah - NTV.
Sinaran - Hukum Stefan - Boltzmann, kuasa emprisif, sinaran jasad hitam, Hukum Kirchoff,
jasad kelabu, faktor pandangan.
Pemindahan jisim: resapan, Hukum Fick. Resapan mantap, resapan transient.
Pemindahan jisim perolakan - kaedah kamiran koefisen, pemindahan jisim purata untuk
kepingan rata, model untuk koefisien pemindahan jisim.
Rujukan : 1. Gaskell, D.R., “Transport Phenomena in Materials Engineering”,
Macmillan, 1992.
2. Fahien, R.W., “Fundamentals of Transport Phenomena”, Mc Graw Hill, 1983.
3. Bird, R.B., Stewart, W.E. & Lightfoot, E.N., “Transport Phenomena”, John Wiley,
1960.
EBB 334/4 - Metalurgi Mekanik
Objektif : Aspek yang berkaitan sifat mekanik logam.
Sinopsis : Kelakuan Elastik: tegasan satah, bulatan Mohr, tegasan tensor, keamatan tegasan.
Teori Keelastikan: Tegasan dan terikan benar, ciri-ciri alahan.
Ujian Gabungan Tegasan: perhubungan tegasan-terikan plastik.
Teori garisan gelinciran: prinsip-prinsip teori had atas.
Kerja mekanikal logam:
Kesan suhu ke atas kadar terikan terhadap alran tegasan. Struktur metalurgikal.
Geseran dan pelinciran: Tegasan baku.
Ujian mekanikal logam : tegangan, lesu, kekerasan, rayapan, hentaman.
Rujukan : 1. Dieter, G. E., ‘Mechanical Metallurgy’, SI metric ed., McGraw –
Hill, 1988.
2. Norman E. Dowling, ‘Mechanical Behaviour of Materials : Engineering Methods
for Deformation, Fracture and Fatigue’, 2nd Ed., Prentice Hall, 1999.
3. Smith, W. F., ‘Principles of Materials Science and Engineering’, 2nd. Ed., McGraw
- Hill, 1990.
EBB 336/3 - Termodinamik Bahan
Objektif : Pelajar-pelajar diharapkan dapat memahami konsep termodinamik dan
aplikasinya kepada sistem bahan.
Sinopsis : Ulangkaji ringkas termodinamik; Transformasi fasa; Tindakbalas keadaan pepejal.
Termodinamik gambarajah fasa; Pertimbangan tenaga bebas, Kinetik Transformasi -
Termodinamik dan kinetik dalam sistem pembentukan kaca, Pemendakan fasa-fasa yang
berbeza komposisi dari matrik.
Rujukan : 1. Robert T. Delloff, “Thermodynamics in Materials Science”, Mc
Graw Hill, 1993.
2. Hac – Geon Lee, “Chemical Thermodynamics For Metals and Materials”. Imperial
College Press, 1999.
EBB 341/3 - Kawalan Mutu
Objektif : Mempelajari konsep-konsep dan kaedah-kaedah kawalan mutu yang diamalkan dalam
industri dan organisasi.
Sinopsis : Definasi mutu, rekabentuk bermutu, mutu untuk kepastian, helaian untuk semakan, analisis
Pareta.
Penerimaan pensampelan melalui sifat-sifat, tunggal, dubel, urutan plan pensampelan satuper-
satu, pemeriksaan pemastian. Kawalan proses secara statistik, carta kawalan untuk sifatsifat,
carta kawalan untuk pembolehubah-pembolehubah.
Analisis keupayaan proses, petunjuk keupayaan, proses penyingkiran. Pengenalan kepada
kebolehpercayaan, kadar kegagalan teori kekuatan tegasan untuk kebolehkepercayaan, sistem
kebolehpercayaan.
Rujukan : 1. Besterfield, D. H., ‘Quality Control’, Prentice Hall, 1990.
2. Montgomery, D. C., ‘Introduction to Statistical Quality Control’, 2nd ed., John
Wiley & Sons, 1991.
3. Jeery Banks, ‘Principles of Quality Control’, John Wiley, 1989.
PERINGKAT 400
EBB 401/6 - Projek Ilmiah Tahun Akhir
Objektif : Memberi pendedahan kepada pengendalian projek penyelidikan
saintifik.
Sinopsis : Projek penyelidikan perseorangan/kumpulan mengenai topik terpilih berkenaan Kejuruteraan
Bahan. Projek melibatkan pencarian bahan bacaan/literatur, analisis kerja terdahulu dan
perancangan kajian, rekabentuk dan pembinaan radas. Perlaksanaan ujikaji, perbincangan,
rumusan keputusan, penulisan akhir dan pembentangan.
EBB 405/3 - Penyiasatan Kegagalan dan Ujian Tak Musnah
Objektif : Pengenalan kepada kaedah analisis kegagalan untuk menyelesaikan masalah industri dan
hasilan industri serta teknik-teknik NDT.
Sinopsis : Kajian mengenai kecacatan yang berlaku sewaktu pemprosesan logam dan seramik, serta
kaedah-kaedah pencirian dan pengesanan . Bentuk pelbagai jenis pecahan dibincangkan.
Kaedah penyiasatan kegagalan sewaktu servis dan contoh-contoh diberikan untuk kajian.
Tinjauan ringkas teknik-teknik : sinar-X, Ultrasonik, Eddy Current, Dye Penetrant dan lainlain.
Rujukan : 1. Metals Handbook, 8th ed., Vol 10 – Failure Analysis, ASM
International, Ohio USA.
2. Metals Handbook, 8th ed., Vol 11 – Non-Destructive Testing, ASM International,
Ohio, USA.
3. Heinz P. Block & Find K.G., ‘Machinery Failure Analysis and Trouble Shooting’,
Gleiter Gulf Publishing Company Houston, TX, 1983.
EBB 406/3 - Pemilihan Bahan
Objektif : Memperkenalkan tatacara pemilihan bahan dalam aktiviti rekabentuk kejuruteraan.
Sinopsis : Pengenalan kepada proses pemilihan bahan, Pemilihan asas-asas ekonomi pemilihan,
pengkelasan bahan-bahan kejuruteraan (logam, polimer, seramik dan komposit), keperluankeperluan
pemilihan bahan (keperluan servis, ekonomi dan fabrikasi).
Rekabentuk proses – pengenalan, faktor-faktor mempengaruhi rekabentuk, kod rekabentuk
kebarangkalian pertimbangan-pertimbagnan rekabentuk, ciri-ciri rekabentuk (fungsi,
rekabentuk, kaedah pengeluaran, kos). Falsafah rekabentuk analisis nilai-perbandingan
berasaskan kos, analisa nilai bagi sifat bahan.
Pemilihan Bahan :
Berasaskan sifat-sifat bahan, perhubungan yang sesuai antara data-data ujian dengan
kegunaan yang dikehendaki. Aspek-aspek rekabentuk - sifat elastik, kekuatan, keliatan,
rekahan dan hentaman. Pemilihan untuk tujuan tertentu (kekuatan, rintangan lesu, keliatan,
rintangan haba, rintangan haus dan rintangan kakisan). Pemilihan mengikut peraturan formal,
kaedah pemilihan separuh kuantitatif, contoh-contoh pemilihan untuk tugas-tugas tertentu
kajian kes, kaedah kos per unit sifat, kaedah sifat pemberat, kaedah kembali tokokan.
Rujukan : 1. Mahmoud M. Farag, ‘Selection of Materials and Manufacturing
Process for Engineering Design’, Prentice Hall, 1989.
2. Cranes, F.A.A. & Charles, J.A., ‘Selection and Use of Engineering Materials’,
London, Butterworth, 1984.
3. Budinski K.G. & Budinski, M.K., ‘Engineering Materials : Properties and
Selection’, 6th ed., Prentice and Hall Int. Inc.
EBB 409/3 - Kuasa Bendalir & Mesin Turbo
Objektif : Pengenalan tentang sistem hidraulik dan kaedah-kaedah mesin turbo.
Sinopsis : Kuasa Bendalir : Sistem hidraulik dan pneumetik - penggunaan bendalir hidraulik -
komponen-komponen asas bagi sistem hidraulik - penghantaran/transmisi dan kawalan sistem
hidraulik - penyelenggaraan - rekabentuk litar hidraulik.
Mesin turbo : Pengenalan - penyerapan kuasa, mesin-mesin penghasilan kuasa, pengkelasan
mesin-mesin turbo, persamaan mesin turbo - Persamaan Eulers, kuasa dan kecekapan -
pembinaan segitiga halaju - Turbin hidraulik - denyutan dan tindakbalas - roda Pelton, turbin
Francis, turbin Kaplan.
Pam : Pengkelasan - pam sepusat dan pam sepaksi, keluaran, kecekapan-peronggaan. Ciri-ciri
kecekapan turbin-turbin dan pam-pam hidraulik.
Rujukan : 1. Shames, I.H., “Mechanics of Fluids”, 3rd printing, Mc Graw Hill,
1986.
2. Welty, J.R., Wilson, R.E., Wicks, C.E., “Fundamentals of Momentum, Heat and
Mass Transfer”, 2nd ed., John Wiley, 1976.
3. Turtin, R.R., “Prinsip Mesin Turbo”, Percetakan Dewan
Bahasa,K.L., 1990.
EBB 424E/3 - Peranti Semikonduktor & Opto-elektronik
Objektif : Pengenalan kepada peranti semikonduktor seperti transistor dwikutub simpang (BTT), FET
dan lain-lain. Prinsip asas laser dan peranti optoelektrik seperti sel suria, fotopengesan juga
terkandung dalam kursus ini.
Sinopsis : Kursus merangkumi:
Transistor simpang dwikutub – dc, penerangan, kelakuan transistor, model kawalan caj,
kecekapan BJT, kerosakan BJT, Model Ebers-Moll.
Transistor simpang dwikutub – ac, pencirian I/V, model-model signal kecil ac-hibrid - π,
parameter h, signal ac besar, ‘switching’, peralatan dwikutub sebenar – contoh-contoh.
Transistor kesan Medan Simpang – prinsip asas, sebelum dan selepas ‘pinch-off’, pencirian
I/V, model-model signal kecil ac.
Transistor kesan Medan Logam oksida – kapasitor MOS, penumpukan, penyongsangan,
penyusutan dan sebagainya. Transistor MOS, penerangan, jenis-jenis yang berbeza,
pencirian I/V.
Prinsip asas laser dan optoelektronik semikonduktor juga terkandung dalam kursus ini.
Rujukan : 1. M.S. Tayagi, ‘Introduction to Semiconductor Materials and
Devices’, John-Wiley & Sons, 1988.
2. M.J. Cooke, ‘Semiconductor Devices’, Prentice Hall, 1999.
3. Ben G. Streetman, ‘Solid State Electronic Devices’, Prentice Hall,
1997.
EBB 421/3 - Teknologi dan Penggunaan Polimer Kejuruteraan
Objektif : Pendedahan kepada teknologi dan penggunaan polimer dalam bidang kejuruteraan.
Sinopsis : Pengenalan kepada teknologi plastik : Bahan-bahan mentah serta penyediaannya. Termoset
dan termoplastik dan proses-proses penghasilan. Proses pengacuan untuk termoset dan
termoplastik – mampatan, suntikan, pengekstrudan, pengklenderan, pembentukan terma dan
lain-lain teknik khas.
1/ Sifat-sifat termoset dan termoplastik, kaedah-kaedah ujian. Kegunaan termoset dan
termoplastik.
2/ Kegunaan am dan kejuruteraan.
Bahan-bahan polimer baru untuk kegunaan kejuruteraan – polimer rintangan haba, polimer
rintangan haus.
Polimer komposit. Rekabentuk melibatkan penggunaan polimer – kesan kekakuan rendah
dalam polimer – rekabentuk untuk mengawal ubah bentuk. Kaedah-kaedah rekabentuk untuk
meningkatkan kekakuan perunit berat.
Elastomer – Pengenalan dan aplikasinya.
Kajian kes untuk penggunaan polimer kejuruteraan dengan tumpuan yang lebih mendalam
mengenai bidang di mana polimer menggantikan bahan yang lazim seperti logam dan
seramik.
Rujukan : 1. Geoffrey et al., ‘Comprehensive Polymer Science’, Vol 5 – 7,
Pergamon Press, 1989.
2. B. Harris, ‘Engineering Composite Materials’, The Institute of Metals, 1986.
EBB 426/3 - Rekabentuk dan Pembangunan Seramik
Objektif: Pendedahan dan pengalaman dalam semua rekabentuk serta penglibatan dalam R & D
seramik.
Sinopsis: Pengenalan rekabentuk seramik - sudut kejuruteraan dan sudut seni halus. Pertimbangan (kos,
keperluan penggunaan dan sebagainya) serta pendekatan-pendekatan (empirik, determistik,
kebangkalian dan sebagainya) dalam rekabentuk dikaji. Satu kes dibuat kajian.
Licau dan hiasan : Pengkelasan licau, kecacatan dan kegagalan licau, teknik-teknik menghias.
Acuan : Bahan acuan dan sifat-sifat diperlukan. Jenis-jenis acuan dan kawalan mutu acuan.
Seramik halus. Kesenian-kesenian seramik - Malaysia dan lain-lain negara. Pengaruh
kebudayaan dalam seni seramik. Pengurusan industri seramik. Susunatur loji, peralatan
bahan dan R & D.
Rujukan: 1. Shaw, K., “Ceramic Colours and Pottery Decoration” London :
Elsevier Applied Sci., 1968.
2. Parmelce, C.W., “Ceramic Glazes”, 3rd ed., Boston : Cheners Book, 1973.
3. W.E.C. Creyke and I.E.J. Sainsbury, R. Mornell, “Design with Non-Ductile
Materials, Applied Science Pub., 1982.
EBB 440/4 - Metalurgi Gunaan
Objektif: Untuk mendedahkan pelajar dengan teknologi penuangan, kejuruteraan permukaan, proses
pembuatan logam (pembentukan) kimpalan dan pemesinan.
Sinopsis: Pengenalan kepada prinsip metalurgi untuk menghasilkan komponen/produk logam dan
untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengeluaran dan
perkhidmatan.
Penuangan:
Kerja mekanikal logam dan aloi.
Proses kerja panas dan sejuk di dalam tempaan, penyemperitan, penggilingan, penarikan
wayar dan rod, aliran tegasan dalam percanggaan. Keperluan daya dan kuas dalam
merekabentuk dai dan kecacatan yang terjadi di dalam proses pencanggaan pukal.
Metalurgi Serbuk:
Proses kimpalan dan proses penyambungan lain. Proses pemesinan, prinsip dan teknik
pelarikan logam (turning, pemilan, korek, pemesinan, EDM, ECM dan lain-lain).
Teknologi Sambungan:
Kimpalan gas, kimpalan arka, kimpalan laser, alur electron.
Rujukan: 1. Kalpakjian, S. & Schmid, S.R., ‘Manufacturing Engineering and
Technology’, 4th ed., Prentice Hall Int. 2001.
2. Higgins, R.A., ‘Engineering Metallurgy : Part Two – Metallurgical Process
Technology’, 5th ed., London : Hodden & Stoughton, 1983.
3. Metal Handbook, American Society for Metals, Ohio.
EBB 443/4 - Seramik Teknikal
Objektif : Memberi pelajar pendedahan tentang aspek-aspek penting dalam teknologi seramik maju.
Juga memberi pengetahuan mencukupi tentang ciri-ciri bahan, pemprosesan, pemilihan dan
sifat-sifat seramik maju dalam aplikasi teknologi.
Sinopsis : Persinteran:
Teori-teori persinteran. Peringkat-peringkat persinteran dan mekanisme-mekanisme
persinteran. Untuk kedua-dua persinteran keadaan pepejal dan fasa cecair: kesan masa dan
suhu; mekanisme pengangkutan bahan-pengangkutan permukaan (Pembauran permukaan dan
penyejatan-kondensasi); mekanisme pengangkutan isipadu (Pembauran isipadu, aliran likat
dan plastik). Pembesaran leher, kesan ke atas linang. Tumbesaran butir dan kegunaan
perencat tumbesaran butir. Kaedah-kaedah persinteran - persinteran tindakbalas, persinteran
fasa cecair, persinteran tekanan panas.
Elektroseramik:
Penebat, seramik berfrekuensi tinggi, statik, ketelapan dielektrik tinggi, piezoelektrik
transistor, kemagnetan seramik, seramik nuklear dan seramik 'superconductor'.
Seramik Berkekuatan Tinggi:
Pendekatan mekanik pecahan untuk kekuatan. Pengukuran kekuatan dan keliatan kepecahan;
retakan berbentuk duit syiling sebagai model keliatan pepecahan.
Refraktori-refraktori yang digunakan dalam industri pembuatan bahan logam dan seramik,
refraktori silika, alumina silikat, magnesit dan magnesit krom, SiC, Si3 N4 dan lain-lain.
Pemprosesan sifat-sifat dan aplikasi seramik maju dalam struktur termasuk aeroangkasa,
peralatan pemotongan, automobil, bio-bahan dan aplikasi bukan struktur termasuk
pembungkusan, pengesan, penapisan dan aplikasi elektro-optik & elektrik maju.
Kursus ini juga menerangkan aplikasi struktur seramik dan komposit matriks seramik.
Berbagai kaedah pemprosesan, kelebihan dan kekurangan dan aplikasi bahan seramik yang
penting juga disentuh.
Dalam komposit matrik seramik, berbagai mekanisma penguatan, sistem seramik penting,
pemprosesan, sifat dan aplikasi.
Bahan bio dan kompositnya : proses pemilihan, pemprosesan, sifat dan aplikasi, seramik
bukan struktur : ciri, pemprosesan, sifat dan aplikasi termasuk pembungkusan substrat IC,
bahan pengesan, seramik berliang dan elektroseramik maju seperti ‘barium titanates’, ‘lead
titanates’ (PT, PZT dan PLZT) untuk berbagai kegunaan elektrik, elekro-mekanikal dan
elektro-optik.
Rujukan : 1. R. W. Davidge, ‘Mechanical Behaviour of Ceramics’, Cambridge
University Press, 1980.
2. S. Saito, ‘Fine Ceramics’, Elsevier, 1988, ‘Introduction to Fine Ceramics;
Application in Engineering, Ed. by Naboru Ichinose, John Wiley & Son, 1987.
3. I. J. Mc Colm & N. J. Clark, ‘High Performance Ceramics’,
Blackie & Sons (London) 1988.
[B]: SINOPSIS RANCANGAN SARJANA MUDA KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL
PERINGKAT 100
EBS 101/3 - Geologi Kejuruteraan
Objektif: Memberi pengenalan mengenai aspek geologi dan penggunaannya dari segi kejuruteraan.
Sinopsis: Pengenalan kepada prinsip-prinsip geologi dengan penekanan kepada penggunaannya di
dalam penyelesaian masalah kejuruteraan.
Ciri-ciri kimia dan fizik bumi dan struktur dalaman bumi.
Skala masa geologi dan kaedah penentuan usia geologi.
Proses dalaman dan luaran.
Kegiatan magma, gempa bumi, gunung berapi, metamorfisme.
Luluhawa, hakisan, kegiatan graviti.
Pengecaman mineral dan batuan dari jenis-jenisnya - batuan igneus, mendak dan metamorfik.
Struktur batuan, kekar, sasar, ketakselarasan, ketidakselanjaran, lipatan, pelapisan.
Peta geologi. Kegunaan dan penafsiran. Peralatan.
Teori tektonik keping. Hanyutan benua, pembukaan dan pentutupan lautan, arus perolakan.
Pembentukan gunung-ganang dan rupabentuuk bumi lain.
Kajian sejarah - meliputi aspek-aspek geologi dan kegunaannya di dalam kejuruteraan.
Rujukan: 1. Blyth, F. G. H and De Freitas M. H., A Geology for Engineers - 7th
Edition, London : Edward Arnold, 1984.
2. Hobbs, B. E., Means, W. D. & Williams, P. F. Outline of Structural Geology New
York : John Wiley 1976.
3. Spencer, E. W. Physical Geology, London : Addison-wesley Publishing Company
1983.
4. Tarbuck, E. J. and Lutgens, F. K. The Earth : An Introduction to Physical Geology,
4th Edition, New York : Macmillan Publishing Company 1993.
EBS 110/2 - Lukisan Kejuruteraan
Objektif: Untuk memberi pengetahuan asas mengenai konsep lukisan dalam kejuruteraan.
Sinopsis: Peralatan biasa yang digunakan dalam penyediaan lukisan kejuruteraan. Penghurufan dan
garisan. Konsep asas dalam lukisan geometri. Lakaran Unjuran Ortografi. Keratan dan
pendimensian. Unjuran Isometri dan Oblik. Pandangan tambahan. Lukisan mekanik secara
am. Asas pemetaan topografi. Asas dalam rekabentuk bantuan komputer (CAD).
Rujukan: 1. Mohd Razman Mainal dan rakan-rakan, “Lukisan
Kejuruteraan Asas”, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 2000.
2. Geotsch, D. L. Nelson, J. A and Chalk, w. S. Technical
Drawing : Fundamentals, CAD Design, New York, Delmar Publishers Inc. 1986.
3. Wallach, P. R. and Dean Chowenhill. Drafting in a Computer Age,
New York : Delmar Publishers Inc. 1989.
PERINGKAT 200
EBS 201/3 - Mendapan Mineral
Objektif: Untuk memberi pengenalan terhadap kejadian mednapan mineral.
Sinopsis: Sifat-sifat morfologi jasad-jasad bijih. Tekstur dan struktur mineral-mineral dalam bijih.
Perubahan hidroterma. Kepingan bendalir. Geotermometri dan geobarometri. Turutan
paragenesis. Pengezonan. Wilayah dan epok metalogeni. Teori-teori genesis bijih. Mendapan
stratiform logam sulfida; mendapan stratabound plumbo-zink dan uranium. Mendapan plaser
terutama emas dan timah, termasuk paleoplacer. Formasi besi berjalur. Mendapan mangan,
fosfat dan evaporit. Batu arang. Mendapan sisa. Perkayaan sekunder. Bahan mentah seramik
dan binaan. Plat Tektonik batu mafik dan ultramafik. Mendapan sulfida. Masif volcanogenk
stratabound. Kuprum porferi. Mendapan urat kuarza hidroterma (emas, timah, uranium,
kuprum). Mendapan metamorfisme dan sentuhan.
Rujukan: 1. Edwards, R. and Atkinson, K. Ore Deposit Geology. London :
Chapman and Hall, 1986.
2. Evans, A. M. Ore Geology and Industrial Minerals (Third Edition) London :
Blackwell Scientific Publications, 1993.
3. Bateman, A. M. The Formation of Mineral Deposits. London : John Wiley & Sons.
1951.
4. Brown, G. C. and Skipsey, E. Energy Resources. Geology, Supply and Demand,
Milton Keynes, U. K : Open University Press, 1986.
EBS 209/3 – Mineralogi
Objektif: Mengenal dan memahami kimia hablur pembentukan bahan-bahan mineral, sifat-sifat fizikal
mineral serta kaedah asas pengelasan sistem mineral dan jenis-jenisnya.
Sinopsis: Pengenalan
Mineral, hablur, pepejal berhablur, bahan amorfus, kaca, mineraloid, kekisi hablur/kristal.
Kimia Hablur
Ikatan dalam hablur prinsip koordinasi, nisbah jejari, hukum Pauling, formula kimia, kelainan
komposit dalam mineral, pengantian atom dan larutan pepejal, eksolusi, polimorfisma dan
pseudomorfisma.
Sifat-Sifat Fizikal Mineral
Warna-warna fizikal seumpama warna, kekerasan, kilauan, corekan, keretakan dan ketabahan
dan lain-lain. Sifat-sifat khusus seperti pendaflour, warna-warna, kelarutan dalam asid,
kemagnetan-keradioaktifan, kekonduksian dan lain-lain.
Korelasi antara ikatan ion dan sifat fizikal mineral.
Sistem Mineral
Asas pengelasan mineral, pengelasan mineral, unsur-unsur jati, sulfida, oksid, hidroksid,
halida, karbonat, sulfat dan silikat.
Pengenalan kepada teknik-teknik peralatan beranalisis.
Rujukan: 1. Klein, C. & Hulbrut, C.S., Manual Of Mineralogy: After Jana D.
Dana, 20 th ed., New York, John Wiley, 1985.
2. Deer, W.A., Howie, R.A., & Zussman, J., “Rock Forming Mineral”, 2 nd. Ed.,
London, Longmans, 1982.
3. Hamilton, W.R., Wooley, A. R. & Bishop, A. C., “The Country Life Guide To
Minerals, Rocks And Fossils”, Country Life Book, 1980.
EBS 210/2 - Makmal Kejuruteraan Perlombongan
Objektif: Untuk memberi pendedahan mengenai ujikaji asas yang meliputi kejuruteraan asas dalam
perlombongan.
Sinopsis: Eksperimen-eksperimen asas untuk jurutera perlombongan dan ahli geologi pencarigalian
dalam aspek-aspek:-
1. Geofizik
Survei kerintangan elektrik dan seismik: Seismik biasan dan pantulan. Perolehan
dan pentafsiran data dan hubungannya dengan gejala/fetur geologi.
2. Kejuruteraan Perlombongan
Kejuruteraan Alam Sekitar, Ventilasi Lombong, Pengawalan Pencemaran Bunyi
dan habuk serta sistem pengudaraan lombong.
3. Geoteknik
Ujian penetuan sifat fizikal dan parameter-parameter mekanik tanah dan batuan.
Ujian kekuatan mampatan ekapaksi atau tiga paksi contoh tanah dan batuan, ujian
kekuatan ricih terus tanah tidak jelekit, ujian padatan tanah sera uujian
kebolehtelapan.
4. Simulasi dalam perlombongan
Penilaian ekonomi dan deposit, rekabentuk perlombongan dan perancangan operasi
serta kawalan logistik.
5. Mekanik Bendalir Ujian Prestasi Pengepaman
Ujian pam empar secara tunggal, selari atau bersiri, secara manual dan
berkomputer. Ujian kadar kehilangan dalam paip.
Rujukan: 1. Griffith, D. H. and King, G. P. Applied Geophysics for Geologists
and Engineers. Oxford : Pergamon Press, 1965.
2. Ryder, G. H. Strength of Materials.
3. Khurmi R. S. and Chand S. Strength of Materials. Company (Pvt) Ltd. 1987.
EBS 215/3 - Kominusi dan Pensaizan
Objektif: Memberi pengenalan kepada penghancuran dan pengisaran batuan serta pengelasan saiz dan
pensampelan dalam usaha untuk memperolehi mineral atau untuk memperolehi saiz batuan
yang dikehendaki dalam pengkuarian.
Sinopsis: Teori kominusi. Kepentingan kominusi. Hukum Rittinger, Kick dan Bond. Definasi indekkerja
dan kegunaannya. Kebolehpengisaran bijih.
Penghancuran. Helai Aliran asas penghancuran. Penghancur rahang dan pelegar.
Perbandingan penghancur primer. Penghancur sekunder - kon dan gelek. Penghancur
hantaman. Helai aliran penghancuran yang tipikal.
Pengisaran. Kepentingan proses pengisaran penggunaan tenaga, kesan kelajuan pengisar.
Pengisar bebatang, bebola, antogeneous dan kegunaan serta pengoperasiannya. Pengisaran
litar terbuka dan litar tertutup. Litar pengisaran.
Pengelasan - Hukum asas. Jenis pengkelasan - hidraulik dan mekanikal, Hidrosiklon.
Menentukan kecekapan pengkelasan - lengkuk Tromp dan lengkuk sekatan. Litar pengisaran
- pengkelasan. Pengiraan nisbah beban pusing balik dan beban pusing balik.
Analisis saiz zarah. Masalah menentukan saiz zarah disebabkan oleh faktor bentuk. Konsep
garispusat setara. Analisis ayak dua siri ayak. Analisis hasil - lengkuk frekuensi dan
bertokok. Kepentingan analisis saiz dalam menentukan taburan mineral dalam sampel.
Kaedah analisis sub-ayak. Hukum Stoke dan Garispusat setara stoke. Kaedah pengendapan
dan cuci-godak.
Amalan pensampelan. Pensampelan kelembapan dan cerakinan. Sistem pensampelan dan
jenis pensampel. Kegunaan rumusan pensampelan yang sistem analisis dalam talian.
Buburan. Definasi ketumpatan pulpa, nisbah pencairan, kandungan pepejal. Penyukatan
ketumpatan buburan. Penyukatan kadar alir jisim. Penggunaan rumusan dua-hasil dalam
imbangan bahan. Instrumentasi dalam talian - tolok ketumpatan nuklear dan meteraliran
magnetik.
Rujukan: 1. Lynch, A. J. Developments in Mineral Processing, Mineral
Crushing, Grinding Circuits. Elsevier, 1977.
2. Kelly, E. G. and Spottiswood, D. J. Introduction to Mineral Processing, New York :
John Wiley. 1982.
3. Wills, B. A. Mineral processing Technology : An Introduction to the Practical
Aspects of Ore Treatment and Mineral Recovery 6th Edition Oxford : Pergamon.
1997.
EBS 219/3E - Pengenalan Kejuruteraan Perlombongan
Objektif: Untuk memberi pendedahan kepada pengetahuan-pengetahuan asas yang diperlukan dalam
kejuruteraan perlombongan dan pengkuarian.
Sinopsis: Pengenalan
Tujuan perlombongan dan kegiatan perlombongan di Malaysia. Istilah-istilah lazim dalam
perlombongan. Undang-undang yang ada kaitan dengan perlombongan dan pengkuarian.
Penjelajahan
Asas mengenai geologi, kewujudan bijih dalam batuan dan kaedah-kaedah penjelajahan atau
mencarigali.
Anggaran rizab bijih
Pensampelan.Pengiraan rizab bijih menggunakan kaedah pemberatan dan kaedah statistik.
Perlombongan & Pengkuarian
Pengenalan kepada kaedah perlombongan di permukaan dan di bawah tanah: kapal korek,
pam kelikir, mendulang, lombong dedah dan kaedah asas lombong bawah tanah. Asas
pengelasan tanah dan batuan
Penggerudian
Alat-alat gerudi yang digunakan untuk perlombongan dan pengkuarian: gerudi tukulan,
gerudi berputar, gerudi banka.
Bahan Letupan
Jenis, sifat dan kegunaan.
Aksesori untuk bahan letupan dan cara meletupkan bahan letupan.
Cara memecah permukaan batuan menggunakan bahan letupan. Pemotongan membakar,
pemotongan baji, letupan kipas dan lain-lain; pengenalan kepada rekabentuk pemecahan
undak-undak lombong dedah atau kuari dan teknik pemecahan lengah.
Air Tanah
Kitar hidrologi.
Keliangan, kebolehtelapan dan aliran air tanah dalam jisim batuan.
pengaruh air tanah ke atas kestabilan lombong.
Pengaliran dan penyahairan lombong di permukaan dan di bawah tanah.
Rujukan: 1. Hartman, H.L., “Introductory Mining Engineering”, John Wiley &
Sons, New York, 1987.
2. Thomas, L.J., “An Introduction To Mining”, Methuen, Sydney, 1978.
3. Cummins, A. B. an Given, I.A. (editors), SME Mining Engineering Handbook.
Society Of Mining Engineers Of AIME, New York, 1973.
EBS 232/3 - Mineralogi Optik
Objektif: Mendedahkan kepada pelajar konsep-konsep dan aspek-aspek teori dan
praktikal mineral optik.
Sinopsis: Pengecaman dan pengelasan pelbagai jenis fasa mineral, batuan dan bijih dengan mengenal
sifat-sifat optik spesimen keratan nipis dan gilap menggunakan mikroskop pengutub
(petrologi), penggunaan XRD, SEM, EDX dan Vicker’s Hardness dalam pengecaman batuan.
Tabii Sifat-Sifat Cahaya
Cahaya sebahagian spektrum elektromagnet. Hubungan di antara halaju, frekuensi dan
panjang gelombang cahaya. Pergerakan gelombang, Perbezaan fasa, cahaya monokromatik,
cahaya biasan dan balikan. Sudut genting dan balikan dalaman.
Mikroskop Pengutub (Transmitted and Reflected Light)
Mineral optik biasan duaan, cahaya terkutub mineral-mineral isotop dan tak isotrop. Garisan
Becke dan Indikatrik. Laluan cahaya menerusi mineral-mineral isotrop/tak isotrop.
Kerencatan, dwirefringen, warna-warna gangguan. Pemerhatian konoskopik.
Pengecaman Mikroskopik Mineral (secara amali)
Mineral silikat - Penentuan warna, jasad timbul (relief), indek biasan, pleokroik, warna
gangguan, rajah gangguan, tanda optik, sudut pemadaman, ira, kembaran dan penzonan
mineral-mineral utama. Mineral legap (mikroskopi bijih) - Penentuan warna, dwi-balikan,
pleokroik, Anistrop dan balikan dalaman mineral-mineral bijih (metalik).
Petrografi pengenalan kepada petrografi batuan Igneous, Sedimen/enapan dan metamorf.
Prinsip-prinsip dan komponen asas XRD, SEM, EDX dan Vicker's Hardness (VHN).
Rujukan: 1. Williams, J. , Turner, F.J., & Gilbert, C.M., “Petrography: An
Introduction To The Study Of Rock In Thin Sections”, 2nd. Ed., Francisco, 1982.
2. Craig, J.R., & Yaughan, O.J., “Ore Microscopy And Ore
Petrography”, New York, John Wiley, 1981.
3. Mackenze, W.S., & Gullford, C. , “Atlas Of Rock Rorming
Minerals In Thin Section”, Longmans Group Limited, 1980.
PERINGKAT 300
EBS 308/3 - Kejuruteraan Pengangkutan Bahan
Objektif: Memberi pengetahuan mengenai pengangkutan dalam aktiviti yang berkaitan dengan
perlombongan dan pengkuarian.
Sinopsis: Pengangkutan bahan secara berterusan, separuh berterusan dan berkelompok. Faktor-faktor
yang mempengaruhi kegunaan penghantar talisawat; pemilihan penghantar talisawat;
pengiraan ketegangan dan kuasa motor, jenis-jenis penyuap. Penghnatar talisawat yang
dipacu oleh talidawai, pengiraan ketegangan, saiz talidawai dan kuasa motor. Penghantar
rantai terbuka dan tertutup; pengiraan daya maksimum dan kuasa motoor. Pengangkat timba
luahan empar dan luahan graciti; pengiraan muatan dan kuasa motor. Penghantar skru;
pengiraan muatan dan kuasa motor. Pengangkutan hidraulik; palong terbuka; talian paip;
mekanik bendalir dan Hukum D'arcy; pengiraan kecerunan palong, tekanan dan kuasa motor.
Pengangkutan pneumatik; pengiraan tekanan dan kuasa motor. Sistem pengelolaan dan
simpanan pneumatik. Sistem pengangkutan talidawai dan jenis-jenis talidawai. Kekuatan dan
faktor keselamatan talidawai. Pengiraan muatan saiz talidawai dan kuasa motor.
Sistem pengangkutan keretapi; rintangan kepada gerakan keretapi; permulaan dan
pembrekan; kecerunan unggul dan kecerunan optimum. Pengiraan muatan dan jarak berhenti.
Sistem angkat seimbang dan tidak seimbang; sistem angkat roda geseran dan oembelit
geseran. Pengangkat skip terimbang. Mekanik sistem angkat; kilas gelendong pemacu;
gambarajah kitar tugas dan pengiraan kuasa motor dan muatan. Kawalan laju motor.
Rujukan: 1. Cummin, A. B. and Given, I. A. SME Mining Engineering
Handbook. New York : Society of Mining Engineers, 1979.
2. Hartman, H. L. Introductory Mining Engineering. New York : John Wiley & Sons,
1987.
3. Lewis, R. S. and Clark, G. B. Elements of Mining New York : John wiley & Sons,
1964.
EBS 311E/3 - Kaedah-Kaedah Perlombongan
Objektif: Memperkenalkan kaedah-kaedah perlombongan yang bersesuaian untuk operasi
perlombongan dipermukaan dan di bawah tanah.
Sinopsis: KAEDAH ATAS TANAH
Pengenalan
Pemberian gambaran mengenai ekonomi dan faktor-faktor am untuk kegunaan kaedah
perlombongan atas tanah, nisbah pelucuran dan hubungannya dengan gred dan harga pasaran.
Kaedah Perlombongan
Pengelasan kaedah dan ciri-ciri jasad bijih untuk kegunaan setiap kaedah. Pemahaman
pembangunan setiap kaedah termasuk kelebihan dan kekurangannya. Pemahaman tentang
proses pengeluaran agregat untuk pembinaan jalan dan penjagaan alam sekitar dari segi
pembuangan sisa dan penebusgunaan tanah.
Mesin Perlombongan
Pengelasan kaedah dan ciri-ciri jasad bijih untuk kegunaan setiap kaedah. Pemahaman
pembangunan setiap kaedah termasuk kelebihan dan kekurangannya. Pemahaman tentang
proses pengeluran agregat untuk pembinaan jalan dan penjagaan alam sekitar dari segi
pembuangan sisa dan penebusgunaan tanah.
Kestabilan Cerun
Perbincangan bagaimana maklumat tentang mekanik tanah dan mekanik batuan dapat
menolong dalam perancangan lombong atas tanah. Pemahaman secara ringkas kegunaan
alatan pengawasan dan kaedah pengawalan untuk kestabilan kawasan kerja.
KAEDAH BAWAH TANAH
Pembinaan Syaf
Prinsip pembinaan syaf, ciri-ciri perbezaan jenis syaf dan kaitannya dengan bentuk jasad
bijih.
Mesin Perlombongan
Rekabentuk laluan bijih, raise, terowong dan mesin-mesin yang dapat digunakan untuk
pembinaannya. Pemahaman mesin penggalian, pengisian dan pengangkutan dalam
pembangunan setiap kaedah perlombongan bawah tanah. Kegunaan sistem komputer untuk
pengawasan dan pengawalan serta rekabentuk sistem angkat.
Rujukan: 1. Hartman, Howard, L., “Introductory Mining Engineering” John
Willey & Sons, New York, 1987.
2. Macdonald, E.H., “Alluvial Mining”, Chapman and Hall, 1983.
3. Hustrulid, W.A., Underground Mining Methods Handbook. Society Of Mining
Engineers,
EBS 315/3 - Hidrometalurgi
Objektif: Memperkenalkan prinsip hidrometalurgi & elektrometalurgi dalam pengekstrakan logam dari
mineral.
Sinopsis: Pengenalan
Prinsip dan penggunaan proses hidrometalurgi dan elektrometalurgi untuk pengekstrakan
logam dan aloi. Pelarut-lesapan, kimia penguraian logam, kinetik dan persamaan kadar
pelarut-lesapan untuk partikel tunggal.
Teknik pelarut-lesapan in-situ, pelarut-lesapan timbunan, pelarut-lesapan penelusan, pelarutlesapan
pengadukan, pelarut-lesapan bakteria, pelarut-lesapan elektro-kimia, sistem pelarutlesapan
arus lawan. Alat-alat pelarut-lesapan, ramalan muatan pengadukan. Kegunaan
pengurusan kepada bijih-bijih sulfida dan oksida yang mudah kompleks.
Penukar ion
Penukar polimer organik sinetik, penukar ion tak organik, penukar organik semulajadi,
pememilihan ion dan mekanisme, kaedah penggunaan, peracunan resin.
Pengekstrakan pelarut
Kimia, pensolvatan, sistem dan bahan-bahan uji untuk pengekstrakan pelarut, pemilihan
kepada pengekstrakan, kinetik kepada pengekstrakan, proses rekabentuk dan kegunaan di
dalam metalurgi.
Penghasilan logam dan sebatian
Penghabluran, persimenan, penurunan hidrogen. Termodinamik dan kinetik penurunan
hidrogen, model elektrokimia untuk penurunan logam. Kegunaan praktik penurunan
hidrogen.
Elektrolehan dan elektrotulenan: prinsip-prinsip eletrokimia, keupayaan elektrod,
pengaktigan, keupayaan lampau dan had arus. Sel-sel elektrokimia. Jenis, rekabentuk,
elektrod oksigen, difragma dan membran. Elektrolehan kepada logam (a) larutan (a) larutan
akues, - Ni, Cu, Mn, Zn, Au dan (b) elektroolisis garam terlakur - Al, Mg, Ti.
Rujukan: 1. Rosenqvist, T. Principle of Extractive Metallurgy. McGraw Hill
Book Ca. 1986.
2. Gilchrist, J. D. Extraction Metallurgy, 3rd Edition. Oxford : Pergamon Press. 1989.
3. Burkin, A. R. The Chemistry of Hydrometallurgical Processes. London : E. & F. N.
Spoon Ltd. 1966.
EBS 322/3 - Pemprosesan Fizikal Mineral
Objektif: Memperkenalkan kaedah-kaedah yang terlibat dalam usaha mengasingkan mineral secara
fizikal.
Sinopsis: Kejadian/kehadiran logam di dalam kerak bumi. Definasi bijih. Faktor-faktor yang mengawal
kesesuaian sesuatu endapan bijih diproses dengan ekonomik. Tujuan pemprosesan mineral.
Helai aliran asas rawatan bijih logam, dan kaedah-kaedah fizikal yang digunakan dalam
pemisahan. Definasi 'perolehan', 'gred', nisbah pengkonsentratan dan 'nisbah pengayaan'.
Kecekapan metalurgi dan lengkuk perolehan-gred. Gred ekonomik dan perolehan pengginaan
kontrak pelebur. Faktor-faktor yang mempengaruhi pulangan net pelabur.
Pengenalan kepada pengekstrakan metalurgi. Imbangan bahan menggunakan formula 2 hasil.
Perakaunan giliran dan harian. Sistem semaan masuk/semakan keluar. Kegunaan inventori
dan resip pelebur.
Rumusan dua hasil dan kegunaannya. Pengiraan kordinatan jisim bagi pemisah dua hasil
menggunakan berbagai komponen - saiz, air dan cerakinan logam. Pengiraan perolehan.
Pengkonsentratan graviti - Prinsip-prinsip pengkonsentratan. Pengkonsentratan graviti dan
kepentingan penyediaan suapan. Penggunaan palong dan jig. Penjigaan dan kawalan prestasi
dalam jig Denver dan Baum. Kon Reichart dan Pilin. Pemisahan filem aliran dan keperluan
menyediakan suapan secara pengkelasan hidraulik. Meja ayun dan kegunaannya. Helai aliran
yang tipikal. Pengkonsentratan bijih timah, batuan serta bijih emas.
Pengasingan media barat. Pengujian cecair berat. Lengkung pengasingan dan penilaian
kecekapan.
Pengapungan. Prinsip-prinsip asas. Jenis pengumpul, pembuih dan pengubahsuai. Unit-unit
pengapungan. Litar-litar unit. Faktor-faktor fizikal dan kimia yang mempengaruhi perolehan
dan kemampuannya. Penggunaan pengapungan terhadap bijih sulfida dan bukan sulfida.
Kaedah pengasingan secara elektrostatik dan magnetik. Pemisah magnetik-intensiti rendah
dan tinggi, basah dan kering. Prinsip-prinsip pemindahan tegangan tinggi. Kegunaan dalam
rawatan bahan lanar seperti endapan bijih timah dan ilmenit.
Pemisahan elektronik. Kegunaan dalam penumpukan berlian. Pensisihan radiametrik.
Penyahairan dan kaedah yang digunakan. Kaedah-kaedah sedimentasi, penebalan, penapisan
dan pengeringan. Pembuangan hampas, jenis-jenis empangan hampas dan pembinaannya.
Kaeah pengawalan pencemaran dan pemulihan air.
Rujukan: 1. Wills, B. A. Mineral Processing Technology : An Introduction to
the Practical Aspects of Ore Treatment and Minerals Recovery, 6th Edition Oxford :
Pergamon 1997.
2. Taggard, A. F. Handbook of Mineral Dressing. New York : John
Wiley, 1954.
3. Kelly, E. G. & Spottiswood, D. J. Introduction to Mineral Processing, New York :
John Wiley, 1982.
EBS 328/3 - Geokimia Carigali
Objektif: Memperkenalkan kaedah carigali secara geokimia serta pendekatanpendekatan
yang berkaitan dengan penilaian sumber mineral.
Sinopsis: Jenis-jenis penjelajahan geokimia: lanar sungai, tanah mineral berat, hidrogeokimia, biologi
dan litogeokimia. Persekitaran primer dan sekunder, Serakan dan jenis serakan. Unsur-unsur
perisik dan penunjuk. Peranan luluhawa kimia dan fizikal serta pengaruhnya dalam
pemineralan dan pencarigalian. Prinsip-prinsip asas: Orientasi survei, anomali-anomali,
anomali-anomali servei tinjauan yang tidak benar dan kecemaran. Tinjauan awal (wilayah)
dan tererinci: kaedah pensampelan, media dan magnitud persampelan. Penilaian geostatistik
ke atas data-data geokimia: pendekatan statistik mudah, statistik lognormal dan geostatistik.
Secara manual atau berkomputer. Penggunaan interpretasi statistik ke atas servei geokimia.
Pelajar-pelajar akan didedahkan secara praktikal penggunaan teknik pencarigalian geokimia
yang telah dipelajari di kelas kepada keadaan sebenar di lapangan. Melakukan persampelan,
penganalisaan sampel serta menginterprestasi data-data geokimia.
Rujukan: 1. Levinson, A. A. Introduction to Exploration Geochemistry Illinois
USA : Applied Publishing Ltd. 1974.
2. Hawkes, H. E. and Webb. J.S. Geochemistry in Mineral Exploration. New York :
Harper and Row Publishers. 1962.
3. Reedman, J. H. Techniques in Mineral Exploration. London : Applied Science
Publishers Ltd. 1979.
EBS 333/3 - Pencirian Bahan Kejuruteraan
Objektif: Memperkenalkan kaedah-kaedah pencirian bahan dari segi teori dan aplikasinya.
Sinopsis: A. Konsep-Konsep Dalam Kimia Analisis
1. Pengenalan
a] Jenis dan kaedah analitis
b] Langkah-langkah dalam sesuatu analisis
c] Sepintas lalu cara untuk mengungkapkan kepekatan seperti yang
lazim digunakan dalam kimia analitis
d] Kepentingan statistik dalam kimia analitis
2. Pensampelan
a] Pensampelan dilapangan
b] Pensampelan dalam makmal
c] Kesan pencemaran
i] pengisaran sampel
ii] persekitaran makmal
iii] radas dan reagen
3. Laporan data analisis
4. Piawaian dan rujukan
B. Analitis Kaedah Klasik
1. Pelarutan sampel
i] Teknik-teknik pelarutan-asid, pelakuran dengan garam alkali dan
asid.
2. Skema analisis klasik - sampel silikat
3. Pentitratan melibatkan EDTA
4. Gravimetri
5. Kaedah pemisahan - pemendakan, pengekstrakan pelarut dan penukar ion.
C. (I) Kaedah Spektrometri
1. Prinsip
2. Teknik-teknik yang lazim digunakan dalam geologi, pemprosesan mineral dan
metalurgi - UV-VIS, spektrometri serapan atom.
3. Penyerapan cahaya - absorbans, penghantaran, Hukum Beer.
(II) Teknik Spektrometri-spektrometri serapan atom
1. Prinsip serapan atom, pemancaran dan pendaflouran.
2. Instrumentasi serapan atom
i] Lampu, HCl (hollow cathode lamp)
ii] Monokromator
iii] Pengatom - penebula, kebuk semburan, penurus
3. Teknik dan penggunaan SSA.
4. Pengoptimuman parameter alat.
5. Contoh-contoh penggunaan
(III) Analisis Pendaflour Sinar-X (spektrometri serakan jarak gelombang)
1. Pengenalan kepada sinar-X termasuk punca sinar-X, spektrum ciri, berterusan.
2. Prinsip XRF - interaksi sinar-x dengan jisim. Hukum Beer, serakan Rayleigh dan
compton, pinggir serapan.
3. Pemilihan garis analisis.
4. Kesan matriks sampel - kesan serapan-peneguhan, mineralogi
5. Instrumentasi
6. Penggunaan - pertimbangan eksperimen termasuk penyediaan sampel analisis
spektrum, interferens.
- beberapa contoh penggunaan.
Rujukan: 1. John, P. S. A Guide to Materials Characterization and Chemical
Analysis, Second Edition, John Wiley, 1999.
2. Jenkins. R and Snyder, R. L. Introduction to x-ray Diffractometry, Wiley 1996.
3. Bertin, E. P. Principle and Practice of x-ray spectrometric Analysis; New York :
Plenum Press, 1976.
EBS 338E/3 - Mekanik Bendalir
Objektif: Untuk memperkenalkan konsep, analisa dan sifat-sifat bendalir cecair dan
gas dalam keadaan static dan dinamik.
Sinopsis: Untuk memperkenalkan konsep, analisa dan sifat-sifat bendalir cecair dan gas dalam keadaan
static dan dinamik.
Statik Bendalir: Perbezaan tekanan dalam bendalir statik, perbezaan tekanan atmosfera,
sistem manometer.
Daya hidrostatik pada permukaan melengkung. Kestabilan jasad terapung, perbezaan
tekanan akibat pecutan.
Kinematik Bendalir: garisan arus, garisan laluan, jaring aliran, persamaan keterusan.
Dinamik bendalir: Teori momentum, penggunaan teori momentum.
Persamaan Bernoulli dan penggunaannya.
Aliran dalam paip: Ciri-ciri aliran, kehilangan geseran, kehilangan kecil, keratan rentas
bukan bulat, garisan tenaga dan gred hiraulik, sistem paip dan analisis rangkaian paip.
Pengangkutan jasad dalam talian paip.
Aliran saluran terbuka: aliran mantap seragam, prinsip tenaga dlaam aliran saluran terbuka,
lompatan hidraulik.
Alat pengukur aliran: meter venturi, takuk, orifis, empangan.
Pam: Turus dan persamaan tenaga pam, had sedutan, ronggaan, prestasi pam, persamaan
keserupaan.
Rujukan: 1. Bruce, R.M., “Fundamentals Of Fluid Mechanics”, John Wiley &
Sons, New York, 1998.
2. John, A. R., “Engineering Fluid Mechanics”, John Wiley & Sons, new York, 1997.
3. Irving H. S., “Mechanics Of Fluids”, Mc Graw-Hill, New York, 1992.
EBS 339/2 - Ekonomi Mineral
Objektif: Memperkenalkan konsep ekonomi dalam usaha mengeksploitasi sumber mineral.
Sinopsis: Kaedah-kaedah analisa pelaburan untuk projek perlombongan. Perbandignan di antara
pelaburan alternatif. Pertimbangan kewangan dalam nilaian pelaburan. Analisa aliran tunai.
Nilaian perusahaan perlombongan. Nilaian ekonomi mendapan mineral. Pemilihan rizab
optimum.
Pengabungan pemasaran ke dalam nilaian perlombongan. Pengurusan penyenggaraan,
pengurusan bahan-bahan, pengurusan pampasan. Penentuan kos taraf buruh.
Rujukan: 1. Barnes, M. P. Computer-Assisted Mineral Appraisal and
Feasibility New York : AIME, 1980.
2. Cummins, A. B. and Given, I. A. (Editors). SME Mining Engineering Handbook.
New York : Society of Mining Engineers. 1973.
3. Crawford, J. T. and Hustrulid, W. A. (Editors). Open Pit Mine Planning and
Design. New York : Society of Minign Engineers 1979.
EBS 341/2 - Makmal Kejuruteraan Pemprosesan Mineral
Objektif: Memberi pendedahan praktikal mengenai proses-proses untuk memperolehi mineral.
Sinopsis: Eksperimen-eksperimen asas dalam aspek-aspek pemprosesan fizikal dan pemprosesan kimia
1. Penghancuran dan Penskrinan
Latihan ini akan memperkenalkan pelajar-pelajar kepada teknik-teknik
penghancuran dan penskrinan. Hasil daripada proses penghancuran dengan
pengubahsuaian beberapa parameter alat penghancur akan diskrin dan ditentukan
peratusan saiz hasil yang diperolehi. Graf taburan saiz boleh dilakarkan dan
keberkesanan alat penghancur dapat ditentukan secara kualitatif.
2. Pengiraan Halus dan Pengelasan
Dalam latihan ini satu jenis alat pengisar halus akan digunakan iaitu pengisar halus
berputar. Latihan ini akan membandingkan keupayaan dua jenis media yang akan
digunakan di dalam alat pengisar tersebut iaitu media bebola besi dan media rod
besi.
3. Pemisahan secara graviti, magnetik dan tegangan tinggi
Pemisahan secara graviti ialah suatu proses bagi memisahkan mineral-mineral yang
mempunyai beberapa kriteria seperti, ketumpatan partikel yang berbeza, saiz
partikel yang berlainan dan juga bentuk partikel yang tidak sama. Alat pemisahan
yang akan digunakan ialah pilin, meja ayun, jig dan juga meja mozley.
Pelajar juga akan dilatih menggunakan alat pemisah bermagnet untuk
meningkatkan perolehan mineral berdasarkan sifat-sifat kemagnetan sesuatu
mineral dan alat pemisah tegangan tinggi untuk memisahkan mineral yang
mempunyai sifat-sifat pengalir terhadap arus elektrik daripada mineral yang bukan
pengalir.
4. Pengapungan
Pelajar akan didedahkan kepada teknik untuk mengapungkan mineral yang
mempunyai sifat 'hydrofilic' apabila reagan tertentu ditambahkan ke dalam larutan.
Dalam kaedah ini mineral-mineral akan dipisahkan berdasarkan sifat-sifat
permukaan mineral tersebut terhadap air. Mineral yang mempunyai sifat
'hydrophobic' (benci air) akan timbul di permukaan air dan sebaliknya mineral yang
mempunyai sifat 'hydrofilic' (suka air) akan kekal di dalam air tersebut.
5. Pengumpulan
Teknik ini digunakan bagi mempercepatkan kadar pemendapan partikel-partikel
halus. Beberapa teknik akan diperkenalkan iaitu teknik pemendapan secara
semulajadi dan juga pemendapan secara kimia.
Kursus amali imi adalah sokongan kepada kursus EBS 315 Hidrometalurgi di mana
teori-teori tentang amali kursus ini dipelajari.
6. Pelajar akan mengikut aspek-aspek praktikal atau ujikaji tentang pelarut-lesapan.
penulenan dan perolehan logam. Dalam pelarut-lesapan pelajar akan menjalani
praktikal mengenai kadar pelarut-lesapan serta parameter-parameter yang
mempengaruhi proses pelarut-lesapan, seperti masa dan suhu.
7. Dari segi penulenan kaedah seperti pengekstrakan pelarut pemendakan dan
elektrotulenan akan digunakan dalam amali ini.
8. Bahagian perolehan logam pula akan mendedahkan pelajar kepada amali yang
melibatkan pensimenan elektroolehan serta parameter yang mempengaruhi proses
ini seperti ketumpatan arus.
Rujukan: 1. Wills, B. A. Mineral Processing Technology : An Introduction to
the Practical Aspects of Ore Treatment and Minerals Recovery. 6th Edition Oxford :
Pergamon, 1997.
2. Taggard, A. F. Handbook of Mineral Dressing. New York : John Wiley, 1954.
3. Kelly, E. G & Spottiswood, D. J. Introduction to Mineral Processing. New York :
John Wiley, 1982.
PERINGKAT 400
EBS 420/3 - Rekabentuk Lombong
Objektif: Untuk mendedahkan pelajar kepada aspek sebenar rekabentuk lombong yang bermula
daripada data mentah sehinggalah kepada kebolehlaksanaan projek perlombongan atau
penkuarian.
Sinopsis: Prinsip-Prinsip
Rekabentuk lombong dedah, lombong pam kelikir dan kuari. Keperluan tenaga dan kuasa
motor atau jentera. Pemilihan peralatan untuk loji pembersihan atau pemisahan. Sistem
pengorekkan, pemecahan dan pengangkutan. Kos ekonomik.
Prinsip-prinsip lombong bawah tanah. Keperluan tenaga dan kuasa motor atau jentera.
Pemilihan kaedah perlombongan dan peralatan. Sistem pengorekkan, pemecahan dan
pengangkutan. Sistem Ventilasi. Kos.
Rujukan: 1. Cummins, A., B. and Given (editors), SME Mining Engineering
Handbook, Society Of Mining Engineers Of AIME, New York, 1973.
2. Crawford, J.T. and Hustrulid, W.A., Open Pit Mine Planning And Design, SME Of
AIME, New York, 1979.
3. Hartman, H. L., “Introductory Mining Engineering”, John Wiley And Sons, New
York, 1987.
EBS 428/3-Rekabentuk Loji
Objektif: Memberi pendedahan terhadap aspek-aspek yang terlibat dalam merekabentuk loji yang
berkaitan dengan pemprosesan mineral.
Sinopsis: Prinsip-prinsip rekabentuk sesuatu loji pemprosesan mineral. Keperluan tenaga dan kuasa
pam, serta pemilihan proses dan peralatan yang sesuai untuk sesuatu loji pemprosesan.
Pelajar akan diberi data-data bagi perlombongan dan pemprosesan dan diajar menggunakan
program simulasi dan lain-lain persisiran komputer untuk merekabentuk sesuatu loji
pemprosesan dan perlombongan.
EBS 429E/3 - Kejuruteraan Alam Sekitar
Objektif: Memberi penjelasan dan pemahaman kepada pejalar mengenai semua aspek kawalan dan
perundangan berkaitan dengan persekitaran alam dan kaitannya secara langsung dengan
kejuruteran sumber mineral.
Sinopsis: Pengenalan
Kesedaran tentang pencemaran alam sekitar secara umum dan kesannya kepada masyarakat.
Jenis Pencemaran
Pemahaman tentang jenis pencerunan, punca dan kesannya secara terperinci kepada rakyat.
Jenis pencemaran termasuk udara, air, debu, sinaran, hingar, getaran, pencahaaan,
pembuangan hampas pepejal dan sebagainya.
Kaedah Pengawalan
Cara-cara mengawal pencemaran yang berpunca daripada industri dan jenis-jenis kaedah
seperti kegunaan geologi, perancangan sember tanah, pembuangan yang beruk untuk
menyelesaikan masalah-masalah alam sekitar. Kaedah penebusgunaan dan pengawalan
kesurutan juga dapat mengatasi masalah alam sekitar.
Undang-Undang
Undang-undang alam sekitar, penulisan Laporan EIA dan eprancanga cekap untuk menolong
industri dalam pengurangan bahan tercemar.
EBS 430/7 - Projek Penyelidikan
Objektif: Memberi pendedahan sebenar dalam penyelidikan untuk dalam bidang-bidang yang berkaitan
dengan eksploitasi sumber mineral.
Sinopsis: Suatu projek penyeledikan kecil yang dijalankan oleh setiap pelajar peringklat 400. Matlamat
projek ini ialah untuk memperkenalkan mereka kepada suatu masalah di dalam bidang
kejuruteraan dan membiasakan dengan kaedah penyiasatan, penyelesaian masalah, penulisan
penyelidikan, penyampaian yang berkesan terhadap keputusan dalam bentuk tesis dan
seminar.
EBS 431/2 - Undang-Undang Perlombongan
Objektif: Memberi asas pengetahuan mengenai perundangan yang berkaitan dengan aktiviti
perlombongan dan pengkuarian.
Sinopsis: Perundangan Perlombongan.
Enakmen Melombong Cap 147.
Akta Pembangunan Mineral 1994.
Undang-undang lain yang berkaitan terus dengan perlombongan.
Perundangan Kuari.
Kaedah Kuari Perak 1992.
Kaedah Kuari Bagi Negeri-Negeri Lain.
Perundangan Bahan Letupan.
Akta Bahan Letupan 1957.
Kaedah Bahan Letupan 1923.
Perundagan lain yang berkaitan dengan perlombongan dan pengkuarian.
Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Akta Kilang dan Jentera 1967.
KURSUS ELEKTIF
EBS 325/2 - Makmal Kimia Mineral
Objektif: Memberi penekanan kepada aspek amali yang berkaitan dengan spektro
spektrometri serapan atom XRF dan UV dalam analisis yang akan dijalankan dan sebagainya.
Sinopsis: Makmal ini akan menggunakan kaedah basah seperti gravimetri, pentitratan dan analisis
instrumental seperti spektrometri serapan atom XRF dan UV dalam analisis yang akan
dijalankan. Kaedah Fire Assay dalam penentuan logam berharga juga dijalankan dalam
amali ini. Tajuk-tajuk eksperimen yang akan dijalankan;
Penentuan:-
1. Kualitatif CO3, S, F PO4
2- Tl
IV
2. Karbonat total di dalam batu kapur.
3. Fe dalam bijih Hematit.
4. Kuprum dalam kalkopirit menggunakan spekstrometri serapan atom.
5. Kalsium dan Magnesium di dalam Dolomit menggunakan EDTA.
6. Sn di dalam kasiterit.
7. Sulfur secara gravimetrik dalam bijih sulfida.
8. Ti menggunakan kaedah UV.
9. Logam berharga (Au, Ag) menggunakan kaedah Fire Assay.
10. Si menggunakan kaedah UV.
11. Si, Al, Fe, Ti, Ca, Mg, Na, K, Mn menggunakan kaedah XRF.
EBS 329/2 - Geofizik Carigali
Objektif: Penggunaan kaedah-kaedah geofizik.
Sinopsis: Penggunaan kaedah-kaedah geofizik terpilih terhadap penyiasatan bahan-bahan bawah tanah
seperti bahan galian, fenomena-fizik-kimia dan struktur-struktur geologi yang mempunyai
implikasi dan kepentingan kepada usaha carigali, kejuruteraan awam, perlombongan dan
pengawalan persekitaran.
Pengenalan
Pengenalan kepada geofizik pencarigalian temasuk servei seismik, graviti, elektrik, magnetik.
Servei geofizik awangan (‘airborn’) dan menuruni-lubang (down the hole).
Servei seismik
Sifat elastik batuan, gelombang seismik, biasan dan balikan gelombang Penentuan ketebalan
lapisan-lapisan dengan kaedah. Biasan, lengkung masa-jarak. Aplikasi servei seismik dalam
kerja-kerja penjelajahan dan kejuruteraan.
Servei graviti
Graviti bumi, pengukuran graviti, graviti normal, Stesyen asas, pembetulan pasang-surut dan
rayapan, Pengurangan daripada penyelarasan graviti, anomali Bouger, aplikasi servei graviti
dalam penjelajahan.
Servei Magnetik
Medan magnetik bumi, kutub-kutub magnet, anomali magnet, keelektronmagnetan,
ferromagnetan, unsur-unsur magnet bumi, peta-peta geomagnet, servei aeromagnet. Aplikasi
servei magnet dalam penjelajahan.
Servei Elektrik
Pelbagai kaedah servei elektrik, aliran arus dalam tanah, kerintangan elektrik. Hukum ohm,
aliran arus merintangi sempadan litologi, pengukuran kerintangan, keupayaan teraruh,
keupayaan - diri. Aplikasi servei kerintangan dalam kejuruteraan dan penjelajahan.
Pengelongan geofizik
Pengelongan kerintangan dan keradioaktifan.
Rujukan: 1. Reynolds, J.M., “An Introduction To Applied And Environmental
Geophysics”, Wiley, 2000.
2. Parasanis, D. S., “Prinsiples Of Applied Geophysics”, 4th edition, Chapman,
London, 1986.
3. Lowrie, W., “Fundamentals Of Geophysics”, Cambridge University Press, UK,
1997.
EBS 336/3- Kimia Anilitis
Objektif: Sebagai asas kepada kursus Kimia Alam Sekitar yang akan ditawarkan
pada tahun akhir
Sinopsis: Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar asas analisis basah seperti
pentitratan dan kaedah gravimetric dan kaedah alatan seperti spectrometer serapan atom,
pendaflour sinar-X.
Terbahagi kepada 3 bahagian
Bahagian A
Konsep-konsep dalam kimia analisis. Bahagian ini akan mengimbas kembali konsep asas
seperti mol dan ungkapan kepekatan, jenis analisis, kepentingan statistic serta pensampelan
bahan yang ingin dianalisis.
Bahagian B
Membincangkan kaedah klasik seperti pentitratan, gravitimetri dan pemisahan.
Bahagian C
Memperkenalkan kaedah atau teknik instrumental termasuk spektrometri UV-visible, suapan
atom dan pendaflour X-Ray. Contoh dan penekanan akan diberikan terhadap sample 2
geologi. Bijih dan mineral.
Rujukan: 1. Analytical Chemistry, Gary D. Christian. 6th Edition, John Wiley
& Sons (2000).
2. An Introduction to Analytical Atomic Spectrometry, L.Ebdon (Editor) 2nd Edition
1998.
3. Handbook of Instrumental Techniques for Analytical Chemistry, Frank A. Settle
(Editor) 1997.
4. Fundamental of Analytical Chemistry, Donglas Skoog, Donald M. West, F. James
Holler, 1995.
5. Environmental Analytical Chemistry, FW. Fifield (Editor) 2000.
EBS 337E/3- Petrofizik Dan Sifat Bendalir Petroleum
Objektif: Memperkenalkan kepada pelajar bidang petrofizik dan sifat-sifat petroleum. Kursus ini akan
memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar yang berminat dalam bidang
pengekploitasian petroleum.
Sinopsis: Kursus ini akan membincangkan asas batuan reservoir dan sifat bendalir petroleum.
Penekanan akan diberi ke atas pengelasan bendalir, kelakuan fasa bendalir dan prosidur ujian
PVT (Pressure Volume Temperature)
Rujukan: 1. Djebbar Tinb and Erk C. Donaldson, “Theory and Practice
of Reservoir Rock and Fluid Transport Properties”, Gulf,
1999.
2. William D. McCain Jr. “The Properties of Petroleum Fluids”,
PennWell, 1999.
EBS 417E/3 - Geomekanik
Objektif: Memberi pengenalan kepada Mekanik Tanah dan Mekanik Batuan yang digunakan dalam
kejuruteraan pengorekan.
Sinopsis: Kestabilan cerun batu dan konsep asas, pertimbangan ekonomi dan kestabilan, struktur dan
pertimbangan faktor geologi, lain-lain pemetaan parameter geologi yang bersesuaian,
pengaruh air bumi, kesan dinamik dari letupan dan gempa bumi, geometri tegasan, jenis
kegagalan dalam cerun batu dan tanah, kegagalan sebatian dalam cerun batu/tanah, analisis
kestabilan menggunakan kaedah tahap keseimbangan. Aplikasi ‘streonets’ dan carta
rekabentuk kaedah Bishop dan lain-lain analisis kelinciran bulatan kritikal.
Faktor keselamatan dan kebarangkalian kegagalan pendekatan, pengukuran pemulihan.
Pengawasan anjakan dan pengukuran piezometrik. Tapak batu/tanah; agihan tegasan
Boussines disebabkan tapak tegar dan boleh lentur. Keupayaan galas dan kegag.
Rujukan: 1. Smith, G.N., “Elements Of Soil Mechanics”, BSP Prossional
Books, London, 1990.
2. Hoek, E. and Bray, J.W., “Rock Slope Engineering”, The Institution Of Mining and
Metallurgy, London, 1981.
3. Hoek, E. and Brown, E. T., “Underground Excavations In Rock”, IMM, London,
1980.
EBS 418E/3 - Kejuruteraan Petroleum
Objektif: Memberi pengenalan kepada industri Petroleum pada tahap eksplorasi dan pengeluaran
petroleum dan gas. Penumpuan diberi kepada kejuruteraan penggerudian dan kejuruteraan
reservoir.
Sinopsis: 1. Asal Mula Petroleum
* Teori organik/bukan organik
* Batuan punca dan batuan-batuan reservoir
2. Penumpukan Petroleum
* Penghijrahan petroleum
* Perangkap-perangkap stratigrafi
* Perangkap gabungan
* Perangkap
3. Penjelajahan dan Penaksiran Petroleum
* Kajian geofizik (seismik)
* Kajian geologi (stratigrafi, geometri, struktur dll)
* Penggerudian telaga liar (wildcat)
- Perihal bendalir (faktor-faktor isipadu formasi, kelikatan
bendalir, nisbah larutan gas, dll)
- Perihal batuan (keporosan, ketelapan, dll)
* Perakaman (keupayaan spontan, akustik, kerintangan, aruhan,
keradioaktifan dll)
* Batang gerudi/ujian pengeluaran
* Taksiraan/Penggerudian penentuan
* Penilaian rizab
- Hidrokarbon setempat
- Mekanisma pacuan (air, tukup gas, larutan gas dan pacuan-pacuan
gabungan)
- Faktor-faktor perolehan
4. Pembangunan dan Pengeluaran Petroleum
* Pembangunan medan dan perancangan pengeluaran
- Kaedah Pembangunan
- Pelantar/Keperluan-keperluan telaga minyak
- Ramalan pengeluaran
* Analisis ekonomi
- Persefahaman pengeluaran petroleum (usahasama, kontrak
perkongsian pengeluaran, konsesi dll)
- Model ekonomi
* Pengoptimuman
- Perolehan primer
- Perolehan sekunder (gas/skim suntikan air)
- Perolehan tertiar (projek-projek peningkatan perolehan
minyak seumpama perlimpahan polimer/ejen pengapung
(surfactant), pacuan wap pembakaran setempat dll.
Rujukan: 1. Chapman, R.E., Petroleum Geoglogy, Elsevier Scientific
Publishing Company, Amsterdam, Oxford, New York, 1976.
2. Adams, N. J., “Drilling Engineering. A Complete Well Planning Approach”, Pean
Well Publishing Company, Tulsa, 1985.
3. Gatlin, C., “Petroleum Engineering: Drilling And Well Completions”, Prentice-
Hall Inc., New Jersey, 1960.
EBS 425/3- MINERAL PERINDUSTRIAN
Objektif: Memantapkan pengetahuan pelajar kepada kewujudan mineral
perindustrian dan
penggunaannya dari segi keperluan industri. Penekanan diberi kepada sumber
mineral tempatan.
Sinopsis: Mengenal dan memahami aspek-aspek kepentingan dan penggunaan sumber mineral
perindustrian secara bersepadu. Asal kejadian, taburan dunia dan wilayah. Aplikasi dan
keperluan mineral berkenaan dalam bidang industri. Memahami kaedah-kaedah yang
digunapakai dalam membangunkan sumber-sumber berkenaan dari aspek penjelajahan dan
pengestrakan bahan itu daripada perut bumi.
Mendalami pelbagai kegunaan mineral perindustrian terpilih (termasuk mineral tenaga). Ini
merangkumi:
(a) i. Sumbangan mineral perindustrian dalam sektor indusrri kimia,
pembuatan, pembinaan, penjanaan kuasa, perkhidmatan dan perubatan.
ii. Sifat-sifat atau fungsi (kimia, fizikal, mekanikal serta optikal) yang menyumbang kepada
kepentingannya kepada industri hiliran.
iii. Aspek keperluan industri mengikut piawaian antarabangsa.
iv. Statistik pengeluaran dunia, tren permintaan, harga dan pasaran semasa dan
akan datang.
v. Penilaian sumber mineral perindustrian, perkembangan teknologi nilai
tambah mengikut keperluan industri.
(b) Satu projek secara berkumpulan akan diberikan kepada pelajar untuk menilai kesesuaian
sumber tertentu dalam aplikasi tertentu. Ia meliputi aspek penilaian sumber daripada aspek
kesesuaian bahan mentah, pemprosesan, spesifikasi produk dan ujian kegunaan dalam produk
akhir.
Penekanan diberikan kepada mineral perindustrian seperti barite, abrasive minerals, potash, feldspar,
nepheline syanite, various clay (activated clay), silica sand, calcium carbonate, wallastonite, silspar,
arang batu dan sebagainya.
Rujukan: 1. Birley, A.W and Scoot, M.J– Industrial Mineral
Properties and Applications, Leonard Hill, Glassgow, 300pp. 1982.
2. Boynton, R.S, Chemistry and Technology of Lime and Limestone, 2nd. Edition,
John Wiley and Son Inc., New Yorks, 1980.
3. Gobbett, D.J and Hatchinson, C.S (1973) Geology of the Malay
Peninsula, Jihn Wiley and Son Inc. London
EBS 426/3 - Kejuruteraan Ventilasi Lombong
Objektif: Mengaplikasikan konsep mekanik bendalir dan termodinamik dalam pengurusan pengaihan
udara untuk kerja-kerja bawah tanah.
Sinopsis: Pengenalan
Reviu ringkas mengenai asas pengaliran dan konfigurasinya.
Prinsip Ventilasi
Pemahaman tentang hukum dan ciri aliran udara, rekabentuk rangkaian ventilasi dan
pemeriksaan tekanan.
Sistem Kipas
Jenis, ciri-ciri, cara pemasangan, pemilihan sistem kipas yang sesuai siri atau selari.
Pengawasan Ventilasi
Kesedaran tentang kehilangan udara dalam sistem ventilasi, cara-cara pengawalannya,
alatan/kaedah pengawasan untuk keselamatan. Bahan tercemar seperti gas dan debu yang
perlu diawasi dan cara-cara untuk mengatasi masalah kecemaran.
Sistem Keselamatan
Jenis mesin sistem keselamatan, fungsinya dan kelebihan kegunaan setiap alatan.
Rujukan: 1. Burghardt, M. D., “Engineering Thermodynamics With
Applications”, 2nd Eddition Harper & Roe, New York, 1982.
EBS 432/3- KIMIA ALAM SEKITAR UNTUK AMALAN KEJURUTERAAN
Objektif: Memantapkan pengetahuan Kejuruteraan Alam Sekitar dari segi kimia bagi pelajar yang
berminat untuk menjurus kepada kejuruteraan alam sekitar. Diharapkan pelajar yang
mengambil kursus ini akan lebih memahami kaitan kesan penumpuan kimia-kimia tertentu
yang terbit daripada batuan akibat perlombongan dan memahami kaedah-kaedah untuk
mengurangkan atau menghindarkan pertukaran keadaan persekitaran semula jadi.
Sinopsis: Kursus ini memperkenalkan konsep asas kimia dan pengetahuan analitis
sepertimana ia berhubungkait dengan kejuruteraan persekitaran. Ia disusun
untuk membantu pelajar-pelajar kejuruteraan dan persekitaran dalam memahami bagaimana
applikasi kimia itu berguna dalam persekitaran kimia. Teks sukatan akan meliputi revieu
topik-topik kimia asas yang berkaitan dengan kejuruteraan persekitaraan. Topik-topik ini
termasuklah kimia fizik, kimia organik, kimia analitis (termasuk kaedah peralatan) dan koloid
dan kimia permukaan. Ini diikuti dengan huraian ringkas berkenaan dengan atmosfera,
hidrosfera dan pendosfera dan hubungan antaranya. Bahagian seterusnya akan menyentuh
proses-proses yang melibatkan keseimbangan kimia, proses-proses kimia dan proses-proses
fisiokimia dalam merawat sisa-sisa industri.
Rujukan: 1. Nazaroff, W.W. and Cohen, L.A. Environmental Engineering
Science. John Wiley and Sons, Inc. USA, 2001.
2. The Fu Yen Environmental Chemistry: Essential of Chemistry for
Engineering Practice. Volume 4A, First
Edition. Prentice Hall Inc. New Jersey, USA, 1999.
3. The Fu Yen , Environmental Chemistry: Chemical Principles for Environmental
Processes. Volume 4B, First Edition. Prentice Hall Inc. New Jersey, USA, 1999.
[C]: SINOPSIS RANCANGAN SARJANA MUDA KEJURUTERAAN POLIMER
PERINGKAT 200
EBP 201/3 - Sintesis Polimer
Objektif : Untuk memperkenalkan konsep polimer, pempolimeran, perosotan dan tindakbalas am untuk
polimer.
Sinopsis: Jenis-jenis polimer dan konsep nombor purata panjang rantai. Pempolimeran langkah
tumbuhan (kondensasi): mekanisme dan kinetik. Pempolimeran rantai homogen dan
heterogen (penambahan): radikal bebas, kationik dan anionik; mekanisme dan kinetik.
Pempolimeran koordinasi dan pembukaan-gelang. Teknik/sistem pempolimeran: pukal,
larutan, fasa-gas, ampaian, emulsi. Pengkopolimeran: Persamaan Kopolimer; nisbah
kereaktifan; kopolimer rambang, kopolimer blok dan cantuman. Tindakbalas am polimer:
pengisomeran, pensiklikan, penghalogenan, penghidrogenan, pengepoksidaan dll. Penurunan
polimer: terma, mekanikal, penyinaran, hidrolisis, pengoksidaan dll.
Rujukan : 1. Billmeyer, F. W., Jr. “Textbook of Polymer Science”, 3rd. ed.
Wiley, 1984.
2. Odian, G..” Principles of Polymerization”’ 3rd. ed. Wiley, 1991.
3. Saunders, K. J., “Organic Polymer Chemistry”’ 2nd. Chapman and Hall, 1988.
EBP 202/3 - Struktur Polimer
Objektif : Pelajar mengetahui dan memahami tentang struktur polimer, dimensi rantai polimer, teoriteori
peralihan, orientasi molekul polimer dan penggunaan pelbagai teknik mikroskopi untuk
mengkaji struktur polimer.
Sinopsis : Struktur polimer : morfologi, penghabluran dan kecacatan hablur. Dimensi rantai polimer
keterlenturan, konformasi, konfigurasi, analisis statistik bagi rantai polimer. Keadaan
amorfus - 5 kawasan kelakuan viskoelastik, faktor-faktor yang mempengaruhi Tg, teori-teori
peralihan kaca, peralihan sekunder dan kaedah untuk mengukur peralihan di dalam polimer.
Keadaan hablur - struktur hablur polimer dan peleburan polimer. Orientasi molekul - punca
dan pengukuran orientasi molekul dan mofologi. Mikroskopi polimer morfologi polimer,
berbagai teknik mikroskopi seperti mikroskopi elektron dan sinar-X.
Rujukan : 1. Stephen L. Rosen, “Fundamental Principles of Polymeric
Materials”’ John Wiley & Sons, New York, 1993.
2. Sperling, L. H., “Introduction to Physical polymer Science”, John Wiley & Sons,
New York, 1992.
3. Painter, P. C. &. Coleman, M. M., “Fundamentals of Polymer Science - An
Introductory Text”, Technomic, Lancaster, 1994.
EBP 204/3 - Bahan Elastomer
Objektif : Memperkenalkan bahan elastomer dan jenis-jenis elastomer, pemvulkanan elastomer,
pemprosesan elastomer, pengujian dan sifat-sifat elastomer.
Sinopsis : Konsep viskoelastik dan kekenyalan getah. Sifat-sifat getah mentah: keplastikan, indeks
retensi keplastikan dan viskositi Mooney. Jenis-jenis getah: getah asli, getah asli terubahsuai,
SBR, EPDM, IR, BR, CR, NBR, CSM dll. Sifat-sifat dan aplikasi. Pematangan getah dan
kinetik permatangan. Curemeter dan ciri-ciri pematangan: masa skorj dan masa pematangan.
Ketumpatan sambung-silang: pengukuran dengan Mooney-Rivlin dan persamaan Flory-
Rehner, kesan pada sifat-sifat. Pemvulkanan sulfur: fungsi pengaktif, pencepat dan perencat.
Tindakbalas dan mekanisme Jenis lain pematangan getah : peroksida, pelembapan, radiasi dll.
Pengisi dan penguat. Jenis pengisi , teori kecekapan penguat, aplikasi dan persamaan Guth-
Smallwood , dan kesan penguat kepada sifat sifat. Ujian terhadap vulkanizat getah dan
interpretasi : tegasan-terikan, kekerasan, pencarikan, set mampatan, penuaan, fatig, krip,
resilien, histerisis, dll.
Rujukan : 1. Mark, J. E., Erman, B. and. Eitich, F. R., “Science and Technology
of Rubber”, Academic Press (2nd. edition).
2. Ismail, H. and Hashim, A. S., “Pengenalan Penyebatian dan
Pemprosesan Getah”, USM publication., 1998.
3. Rubber Technology and Manufacture (Ed. C. M. Blow)
Butterworth, London 1971.
EBP 212/3 - Pemprosesan Lateks
Objektif : Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai lateks, kaedah penghasilan barangan dari lateks
serta melatih pelajar menyelesaikan masalah berkaitan barangan dari lateks.
Sinopsis : Jenis-jenis lateks, pengkelasan dan sifat-sifat lateks. Ujian-ujian untuk menentukan sifat-sifat
lateks yang diperolehi. Memahami mekanisme pembentukan filem dari lateks dan faktorfaktor
yang mengawal sifat-sifat filem lateks. Bahan-bahan ramuan sebatian lateks,
penyediaan sebatian lateks, kaedah-kaedah untuk mengukur darjah kematangan sebatian
lateks dan juga mekanisme pematangan sebatian lateks. Memahami beberapa kaedah yang
digunakan untuk menghasilkan barangan dari lateks, ujian-ujian pada barangan dari lateks
serta penyelesaian masalah-masalah semasa penghasilan barangan dari lateks.
Membincangkan masalah-masalah penjanaan sisa semasa pemprosesan lateks dan langkahlangkah
pengurangan penjanaan sisa. Menerangkan masalah alahan yang timbul disebabkan
bahan-bahan ramuan sebatian lateks, penjanaan n-nitrosamina yang meruap, dan kandungan
protin yang terlarutresap dalam barangan dari lateks.
Rujukan : 1. Blackley’ D. C. , “High polymer Latices”, (Vol 1-3), Applied
Science.
2. Calnert, K. O., “Polymer Latices & Their Applications”,
Applied Science.
3. Roberts, A. D.,”Natural Rubber Science Science & Technology”,
Oxford.
EBP 216/2 - Makmal Kejuruteraan Polimer
Objektif : Supaya pelajar mempunyai kefahaman di dalam penyediaan polimer, sifat-sifat dan
pengujianan asas yang lazim dan mustahak yang diperlukan.
Sinopsis : Mengandungi 11 eksperimen seperti berikut:
1. Pempolimeran emulsi polistirena: menyediakan sampel polistirena dengan
pempolimeran emulsi dan mengkaji kesan kepekatan surfaktan ke atas kadar
pempolimeran
2. Pembentukan resin Urea-formaldehida; mengkaji pembentukan resin ini di
dalam keadaan berasid dan berbes dan menentukan perljalanan tindakbalas
berdasarkan formadehilda bebas yang terhasil.
3. Penentuan masa gel bagi polyester tak tepu: mengkaji tindakbalas pematangan
satu resin poliester komersil dengan memerhatikan kesan agen sambungsilang
terhadap masa gel.
4. Sifat-sifat tegasan terikan: sifat-sifat tegasan-terikan bagi
polietilina dikaji. Kesan kadar terikan ke atas sifat-sifat tensil diperhatikan.
5. Penarikan sejuk dan anisotropi: Ciri-ciri terarah dikenakan
kepada sesuatu sampel yang bersifat isotropik dengan penarikan sejuk. Sifat-sifat
anisotropi yang diujudkan dikaji.
6. Penyepuhlindapan polimer. Sampel polimer digiling dengan
penggiling dua dan keadaan anisotropi diwujudkan. Sampel-sampel ini
disepuhselindapkan pada suhu di bawah suhu leburan dan sifat-sifat anisotropi
dikaji
7. Mengkaji sifat fleksur bahan polimer dengan menggunakan suatu rasuk
kantilever.
8. Mengkaji sifat krip bagi polimer.
9. Menggunakan mesin Instron untuk mengkaji sifat-sifat mekanis bahan polimer.
10. Menggunakan kaedah jatuhan beban untuk menentukan kekuatan hentaman
bahan polimer.
11. Menentukan koefisien geseran bahan polimer.
Rujukan : 1. Shah, V. Handbook of Plastics Testing Technology, Wiley.
2. Crawford, R. J., “Plastics Enginering”, Pergamon Press, 1987.
3. Baird, Ronald J. “Industrial Plastics : Basic Chemistry, Major
Resins, Modern Industrial Processes.
EBP 303/3 - Bahan Plastik
Objektif : Memperkenalkan bahan dan jenis-jenis plastik, penyebatian plastik, pemprosesan plastik dan
sifat-sifat plastik.
Sinopsis : Pengkalan data plastik: definasi dan klasifikasi; jenis/teknik (klasik dan intemet),
pencirian/kelebihan dan sebaliknya; tumpuan dan pengkalan data intemet tipikal. Bahan
plastik: definisi dan klasifikasi; struktur/sifat/hubungan aplikasi; kelakuan umum kedua-dua
termoplastik dan termoset; tumpuan dan bahan plastik pilihan (komoditi e.g. PE, PP, PS,
PMMA... Kejuruteraan e.g. ABS, PC, Nylon ...plastik khusus e.g. ionomer, LCP,
Floropolimer, termoset e.g. poliester tak tepu dan epoksi. Penyebatian plastik dan penambah:
definisi dan klasifikasi; prinsip penyebatian dan fungsi penambah; pengujianan dan
pengoptimum di dalarn penyebatian; tumpuan kepada penambah pilihan e.g. penapis dan
penguat, pemplastik, pelincir, perintang api dll: konsep DMC dan BMC di dalam sistem yang
berasaskan termoset; baya induk dan bahan kama praserakan di dalmn proses penyebatian.
Pemilihan bahan: definasi dan tujuan; pendekatan sendiri dan gabungan; pemilihan bahan
berbantu komputer e.g. PLASCAM, ZAMPUS etc. kajian kes terpilih. Sumber kitar semula
plastik dan jenis-jenis skrap plastik; ciri-ciri lain skrap; kriteria dan kondisi kitaran semula.
Rujukan : 1. Brydsor, J. A, “ Plastics Materials”’ 5th. Ed., Butterworths.
2. Brandup, J. & Immergut; E. H., Polymer Handbook 3rd. Ed. Wiley.
3. Roff, W. J., . Scott; Fibres, J. R, “Films, Plastics &
Rubbers”, London – Butterworths.
EBP 306/3 Sifat-sifat dan Pengujianan Polimer
Objektif: Memperkenalkan aspek-aspek asas fizik polimer. Mendedahkan pelajar kepada teori-teori
utama khususnya yang berkaitan dengan sifat mekanik. Aspek pengujian bahan polimer turut
diberikan tumpuan.
Sinopsis : Hubungan tegasan-terikan : definisi tegasan-terikan, kurva tegasan-terikan, suhu dan kesan
kadar tenkan. Kekenyalan getah: rangkaian, termodinamik dan kekenyalan getah, teori
statistik kekenyalan getah, kekenyalan rangkaian, kelakuan tegasan-terikan, kerosakan
rangkaian, teori fenomena. Kelakuan canggaan dan alah: peralahan rich dan retak halus,
model molekular plastik diperkuatkan getah. Likatkenyal linear; pengenduran tegasan,
prinsip superposisi Boltzmann, ujian krip, syarat superposisi suhu-masa, kelakuan
pengenduran. Rekahan poinner: perubahan mulur-rapuh, toori kekuaW4 teori Griffith,
kekenyalan elastik , mekanik kegagalan, fatig dan rekahan tegasan alam sekitar.
Pengujianan: spesifikasi dan standard prosedur persampelan, kaedah pengujian.
Rujukan: 1. Young, R. J. and. Lovell, P. A,” Introduction to Polymers”, (2nd.
Ed.), Chapman & Hall, London,1991.
2. Rlande, E., Calleja, R. C.,. Prolongo, M. G., Masegosa, R. M., Salon, C., “Polymer
Viscoelasticity : Stress and Strain in Practice”, Marcel Dekker, New York, 2000.
3. Physical properties of Polymers, (2nd. Ed), J. E. Mark, A. Eisenberg, W. W.
Graesley, L. Mandelkorn & J. L. Koening, American Chemical Society, New York
(1993).
EBP 307/2 Reologi Polimer
Objektif : Mendedahkan pelajar kepada prinsip-prinsip asas reologi polimer dan peranan reologi
polimer di dalam pemprosesan polimer.
Sinopsis : Asas kepada bahan polimer: kelakuan am, likatkenyal dan hubungannya dengan pemprosesan
polimer. Pemprosesan polimer :kelakuan am dan kaitannya dengan aliran atau canggaan;
kesan faktor polimerik, faktor pemprosesan dan faktor acuan terhadap aliran di dalam
pemprosesan sebenar e.g. acuan injeksi dan mampatan. Reologi polimer asas: definasi dan
klasifikasi; kelakuan reologi terhadap ricih dan mod pemanjangan aliran e.g. Newtonian,
Troutonian, pseudoplastik, dilatan dll.; regim ricih-kosong; undang-undang kuasa; implikasi
aliran atau kelakuan pemprosesan sebenar; kesan bahan, tekanan, suhu dan lain-lain terhadap
reologi. Pengukuran reologi; jenis-jenis reometer seperti tegasan malar dan kadar malar;
kapilari, paksi bersama, platselari dan reometer tork; MFI dan index aliran lingkaran.
Rujukan: 1. Gupta, R. K., “ Polymer and Composite Rheology”, Mercel
Dekker, 2000.
2. Covas, J. A., Agassant, J. F., Diogo, A. C., Eds. “Rheological fundamentals of
Polymer Processing”, Academic Publishers, London, 1995.
3. Carreau, P. J., De Kee, Q. C. R. and Chabra, R. P., “Rheology of Polymeric
Systems; Principles and Applications”’ Hanser Publishers, New York, 1997.
EBP 308/3 - Getah : Pemprosesan dan Produk
Objektif: Pelajar mengetahui dan memahami pelbagai teknik pemprosesan getah, pelbagai jenis getah
sintetik, adunan getah-getah, adunan getah-plastik, pengitaran semula sisa getah dan
penghasilan pelbagai produk getah.
Sinopsis : Pemprosesan getah - teknik-teknik penyebatian, pengacuanan dan pemvulkanan. Penyediaan,
pemvulkanan dan sifat getah-getah sintetik : butadiena, stirena-butadiena, butil, nitril, etilenapropilena,
elastomer termoplastik, silikon dll. Pembuatan produk produk getah seperti tayar,
kasut, hos, produk-produk kegunaan rumah dan kejuruteraan. Adunan getah-getah - prinsip
adunan, faktor-faktor yang mempengaruhi adunan, penggunaan agen serasi didalam adunan,
agen-agen ko-pematangan dan kelakuan kopematangan dan beberapa contoh produk adunan.
Adunan getah-plastik/elastomer temoplastik - prinsip dan tujuan, kriteria untuk pengadunan,
adunan secara kimia/fizik atau campuran, plastik yang diperkuatkan getah, pemvulkanan
dinamik dan beberapa contoh TPE. Pengitaran semula getah - pertimbangan persekitaran,
keperluan untuk pengitaran semula, produk-produk lateks seperti sarung tangan, produkproduk
getah kering seperti tayar dll. Inovasi penyelidikan - getah-getah baru, getah-getah
(asli dan sintetik) yang diubahsuai, serbuk getah, pematangan novel dan penguatan getah,
adunan getah dan TPE serta teknik-teknik pengitaran semula terkini.
Rujukan : 1. John Scheirs, “Polymer Recycling - Science, Technology and
Applications”, John Wiley & Sons, Chichester, 1998.
2. Hotmann, W., “Rubber Technology Handbook”, Hanser Publishers, 1989.
3. Dufton, P. W., “Scrap Tyres - Disposal and Recycling Options”, Rapra
Technology Ltd, 1995.
EBP 310/3 Pemprosesan Plastik
Objektif : Mendedahkan pelajar pada teknik-teknik yang digunakan untuk menghasilkan produk dari
plastik.
Sinopsis : Memahami istilah-istilah yang digunakan untuk menerangkan kaedah-kaedah pemprosesan
untuk menghasilkan barangan plastik. Memahami kaedah-kaedah yang digunakan untuk
menghasilkan barangan plastik seperti pengekstrudan, pengekstrudan tiupan filem,
pengacuanan suntikan dan sebagainya serta faktor-faktor yang mengawal kualiti barangan
plastik.
Rujukan : 1. Mildy, R. V., “Plastics Technology”, Mc Graw - Hill.
2. Whelani, A.., “ Injection moulding Machines”, Elsevier.
3. Stevens, M. J., “Extruder Principles & Operation”, Elsevier.
EBP 317/3 Komposit Polimer Maju
Objektif : Memperkenalkan komposit polimer dari sudut bahan, pemprosesan dan pencirian.
Memperkenalkan beberapa teori mekanik komposit asas. Aspek-aspek pengujian bahan
komposit polimer turut diberi tumpuan.
Sinopsis : Bahan komposit : sejarah dan klasifikasi, komposit polimer. Matrix polimer: jenis-jenis
matriks, kriteria pemilihan. Antaramuka: mekanisma ikatan, rawatan permukaan. Tekikteknik
fabrikasi: jenis-jenis teknik fabrikasi, kriteria pemilehan. Mekanik komposit:
kekakuan, kekuatan dan keliatan komposit diperkuat gentian. Kesan alam sekitar: kesan
kelembapan, pelarut dan kimia, termal dan termo-oksidatif. Pengujianan dan keyakinan
kualiti: ujian musnah dan tidak-musnah, keyakinan kualiti. Rekabentuk protokol rekabentuk,
perkembangan produk.
Rujukan : 1. Harper, C. A., “Handbook of Plastics, Elastomers and
Composites”, (3rd. Edition), Me Graw Hill, New York, 1996.
2. Tsu-Wei Chon (Ed)., “Materials Science and Technology” , Vol 13 : --- and
Properties of Composites, VCH Publisher New York, 1993.
3. Gibson, R. F., “Principles of Composite Material Mechanics”, Mc Graw Hill, New
York , 1994.
EPB 320/2 - Makmal Getah
Objektif : Pelajar memahami kaedah penyebatian, pemprosesan dan pengujianan untuk vulkanizatvulkanizat
getah.
Sinopsis : Membabitkan penyebatian, pemprosesan dan pengujianan bagi vulkanizat-vulkanizat getah
dengan pematangan sulfur terpecut ,getah –getah seperti NR, SBR, dan EPDM dan pengisi
pengisisi silika dan hitam karbon. Dari segi pemprosesan dan pengujianan, terbahagi kepada
7 eksperimen seperti berikut:
1. Percampuran dan penyebatian
Menyediakan sebatian getah dan memerhatikan fungsi-fungsi bagi berbagai jenis
ramuan yang digunakan dalam getah
2. Pematangan
Memahami alat reometer secara amali dan memerhatikan serta mengolah dari reograf
keputusan-keputusan ciri-ciri pematangan sperti masa skorj, keplastikan permulaan,
permatangan optimum, reversi dan kadar cepat permatangan.
3. Acuan mampatan
Menggunakan acuan mampatan untuk menyediakan vulkanizat getah
serta memerhatikan dan meneliti factor-faktor yang mempengaruhi
penyediaan spesimen dan kelakuan dispersi vulkanisat serta kecacatan
yang biasa dijumpai.
4. Ujian tensil dan pencarikan
Untuk mengkaji sifat-sifat keelastikan beberapa jenis vulkanizat getah
menggunakan tensometer.
5. Penuaan getah
Untuk mengikuti keruntuhan oksidatif dan haba bagi beberapa jenis
vulkanizat getah
6. Penentuan ketumpatan sambung-silang
Untuk menentukan ketumpatan sambung-silang bagi getah tervulkan
dengan cara pembengkakan (persamaan Flory-Rehner) dan tegasan
terikan (persamaan Mooney-Rivlin)
7. Ujian kekerasan ,resilien dan set mampatan
Untuk melakukan ujian-ujian kekerasan, resilien dan set mapatan bagi
sampel-sampel getah tervulkan mengikut kaedah-kaedah piawai
BS/ASTM, dan untuk memeriksa kesan pengisi hitam karbon dan
pengisi silika ke atas sifat-sifat ini.
Rujukan: 1. Blow, C. M. and Hepburn, C. eds., “ Rubber Technology and
Manufacture”, 2nd. ed., Butterworth, 1982.
2. Frearg, P. K., “Rubber Processing and Production Organization Plenum”, 1985.
3. Kluckow, P. D., “Rubber and Plastic Testing”, 3rd. ed.
EPB 316/2 - Makmal Lateks
Objektif : Melatih pelajar mengenai ujian-ujian yang dilakukan untuk pengawalan kualiti lateks getah
asli.
Sinposis : Skop kursus ini merangkumi ujian-ujian asas untuk mengetahui kualiti lateks (komposisi
kimia lateks, kestabilan koloid dan sifat-sifat fizikal), penyediaan sebatian lateks, penghasilan
barangan dari lateks menggunakan kaedah pencelupan dan pembusaan serta ujian-ujian untuk
mengukur sifat-sifat mekanikal barangan dari lateks.
Ujian-ujian yang dilakukan adalah mengikut piawaian ISO.
Eksperimen yang akan dilakukan ialah seperti berikut:
1) Pengukuran Kandungan Pepejal Lateks (1 minggu)
2) Pengukuran Kandungan Getah Kering (1 minggu)
3) Pengukuran Kestabilan Mekanikal (1 minggu)
4) Pengukuran Kandungan Alkali (1 minggu)
5) Pengukuran Kandungan asid Lemak (1 minggu)
6) Pengukuran Asid Lemak Meruap (1 minggu)
7) Pengukuran Kelikatan Lateks (1 minggu)
8) Penyediaan Sebatian Lateks (1 minggu)
9) Kesan Pembolehubah Pencelupan Pada Sifat-sifat Filem Lateks (2 minggu)
10) Kesan Pembolehubah Pembusaan Pada Sifat-sifat Busa Lateks (2 minggu)
Rujukan : 1. Blackley; D. C., “High Polymer Latices”, (Vol 1-3), Applied
Science.
2. Calnert, K. O., “ Polymer Latices & Their Applications “, Applied Science.
3. Roberts;, A. D., “Natural Rubber Science & Technology”, Oxford.
EBP 324/3 - Degradasi Polimer dan Alam Sekitar
Objektif : Pelajar didedahkan peranan degradasi di dalam alam sekitar dengan penumpuan khusus
kepada polimer sintetik. Peranan pelbagai agen perosotan, kestabilan polimer dan
biodegradasi.
Sinopsis : Termal, oksidatif dan fotodegradasi , kimia dan kestabilan hidrolitik, kesan radiasi,
mekanodegradasi. Pencuacaan polimer. Kaedah untuk menilai degradasi. Penstabilan
polimer; antioksidan,penstabil cahaya, penyahaktif logam dan penstabil termal. Biodegradasi;
kawalan digma biodegradasi, kaedah untuk menilai biodegradasi, polimer biodegradasi
semulajadi, polimer biodegradasi sintetik. Pengurusan polimer dalam alam sekitar; kitar
semula, pentututan semula di dalam nyahpemvulkanan, insinerasi.
Rujukan : 1. Grassie N., Ed “Developments polymer degradation”, Applied
Science Publishers, 1984.
2. Ching, C. Kaplan, D. L. and Thomas, E. L., eds., “Biodegradable polymers and
packaging”, Technomic.
3. Cassidy, P. E., “Thermally Stable Polymers”, Mercel Dekker, 1980.
PERINGKAT 400
EPB 418/2 - Makmal Plastik
Objektif : Memperkenalkan peralatan yang digunakan untuk penyebatian, pemprosesan dan pengujian
bahan plastik.
Sinopsis : Eksperimen 1: Menggunakan alat indeks leburan (MFI) untuk mengkaji
ciri-ciri aliran plastik.
Eksperimen 2: Menggunakan mesin pultrusi untuk menyediakan “continuous fibre
impregnated thermoplastic” komposit yang kemudiannya dicirikan.
Eksperimen 3: Sebatian PVC disediakan dengan menggunakan pencampur tork laju
kitmah dan pengekstrudan skru tunggal Betol. Sebatian-sebatian yang
telah disediakan kemudiannya dicirikan.
Eksperimen 4: Menggunakan mesin pengekstrudan untuk mengkaji kesan parameterparameter
pemprosesan terhadap kualiti ekstrudat.
Eksperimen 5: Menggunakan oven untuk mempelajari konsep-konsep pembentukan
haba untuk menghasilkan produk
Eksperimen 6: Menggunakan mesin pengeksrudan tiupan untuk
menghasilkan filem. Filem-filem yang telah dihasilkan di bawah
parameter pemprosesan yang berbeza kemudiannya dicirikan.
Eksperimen 7: Menggunakan teknik-teknik asas seperti keternyalaan,
keterlarutan, keplastikan dsb. Untuk mengenal pasti berbagai-bagai jenis
polimer.
Rujukan : 1. Brydson, J. A., “ Flow Properties of Polymer Melts”, ILIFFE
London , 1981.
2. Cheremisinoff, N. P., “ Polymer Mixing and Extrusion Technology”, M. Dekker,
N. Y. 1987.
3. Burgess, R. M., “Manufacture and Processing of PVC”,
Collier Mac, Pub. Toronto, 1982.
EBP 402/3 - Rekabentuk Acuan dan Dai
Objektif : Mendedahkan pelajar pada cara-cara merekabentuk dai dan acuan untuk menghasilkan
produk dari polimer.
Sinopsis : Kriteria untuk memilih bahan untuk acuan dan dai; kriteria merekabentuk dan analisa secara
mendalam menggunakan program merekabentuk menggunakan komputer; rekabentuk acuan
jenis 2-plat, pelbagai plat, acuan tiada parit, teras sisi dan sebagainya; rekabentuk dai untuk
rod, tiub, kepingan dan profil. Ciri-ciri aliran dalam acuan serta pintu acuan; pengiraan
pembolehubah sistem suapan acuan, daya penolakan produk, pesongan dinding produk, dan
pembolehubah pendinginan acuan. Ciri-ciri aliran dalam dai, perbezaan tekanan, dimensi dai,
dan ciri-ciri pengeluaran dai. Memahami rekabentuk yang baik dan buruk untuk acuan dan
dai. Merekabentuk acuan atau dai untuk sesuatu produk menggunakan cara manual dan
kaedah merekabentuk menggunakan komputer (CAD).
Rujukan : 1. Pye, R. G. W., “Injection Mould Design”.
2. Bown, J., “Injection Moulding of Plastic Components”, Mc Graw
- Hill.
3. Menges/Moluren, “How To Make Injection Moulds”, Hauser.
EBP 404/3 - Pencirian Polimer
Objektif: Membincangkan prinsip dan pelbagai kaedah pencirian polimer serta topik kimia fizikal
polimer yang lain.
Sinopsis : Berat molekul : definisi, polidispersiti, cara penentuan. Termodinamik sistem polimer
pendekatan keupayaan kimia dan statistik, teori-teori Flory-Huggins, Flory-Rehner,
FloryKrigbaum, parameter keteriarutan (6) dan parameter interaksi (X), pengasingan fasa
dalam larutan polimer. Proses pengangkutan di dalam polimer : Hukum Fick, konsep asas
dan teori untuk pembauran, penentuan pemalar pembauran, faktor-faktor yang mempengaruhi
pembauran gas dan wap melalui membran polimer.
Permselektiviti. Mikrostruktur polimer : pencabangan, orientasi, unit ulangan, ketaktikan,
keisomeran geometrik. Pempolimeran stereospesifik. Kaedah pencirian struktur dan sifat
polimer: UV, IR, NMR, DTA, DSC, TGA, DTG dll. Polimer inorganik dan organik asli.
Rujukan : 1. Billmeyer, F. W., Jr. “Textbook of Polymer Science”, 3rd. ed.
Wiley, 1984.
2. Stastna, J. & De Kee, D. “Transport Properties in Polymers”, Technomic
Publishing AG., 1995.
3. Hunt, B. J. & James, M. I. Ed., “Polymer Characterisation Blackie Academic &
Professional”, 1993.
EBP 420/3 - Kejuruteraan Getah
Objektif : Memperkenalkan prinsip-prinsip asas kejuruteraan getah dan rekabentuk beberapa produk
getah.
Sinopsis : Penggunaan matematik dalam kekenyalan getah; klasik, statistik dan fenomenologi. Kesan
penguat terhadap kekenyalan moduli young, ricih dan pukal.Konsep dan kelakuan canggaanpaksaan:
mampatan, mampatan gabunagn ricih dan ricih, tork, pembengkokan dan ronyok.
Kesan faktor rupa bentuk dan penglaminatan. Model-model: pemasangan getah tercondong
dan kolum slender, aplikasi dalam alas jambatan, fender dok dll. Dinamik kelakuan
mekanikal: modulus penstoran, kehilangan, modulus, tan δ, lemati dan histerisis. Interpretasi
di dalam sifat-sifat tayar e.g. cengkaman basah rintangan golekan, isolasi getaran dan
kebolehan menghantar.
Rujukan : 1. Davey, A. B., and. Payne, A. R., “Rubber in Engineering Pratice”,
Applied Science Publishers, 1965.
2. Freakley, P. K. and Payne, A. R., “Theory and Practice of Engineering with
Rubber”, Applied Science Publishers, 1978.
3. Mark, J. E., Erman, B. and. Eirich, F. R., “ Tire Engineering (Chapter 14) in
Science and Technology of Rubber” , Academic Press (2nd. Edition).
EBP 400/3 - Rekabentuk Produk dan Analisis Kegagalan
Objektif : Memperkenalkan langkah-langkah dan kaedah yang digunakan untuk merekabentuk produk
polimer.
Sinopsis : Rekabentuk produk: definisi dan konsep rekabentuk produk; kelakuan tegasan-terikan dan
analisis ketegasan dalmn polimer; rekabentuk struktur untuk geometri asas atau rupa bentuk
seperfi bim plat dll.; rekabentuk struktur untuk kekakuan dan had pemprosesan serta kesankesan;
persembahan dalam kegunaan dan alam sekitar. Prosedur rekabentuk untuk bahagian
produk dalam aplikasi pilihan (mekanikal atau penaggungan beban, elektrikal termal kimia);
peralatan rekabentuk berbantu komputer atau konsep; prototyping segera di dalam rekabentuk
produk; pemasangan, gabungan teori dan amalan. Analisis kegagalan: definisi dan jenis-jenis
kegagalan/kerosakan/kehausan dan kecarikan (tribolgi); perosotan dan penstabilan; faktor
yang mempengaruhi kegagalan seperti pemprosesan, servis dan alam sekitar serta cuaca,
Pencirian dan analisis kegagalan (faktor kerosakan selaras atau nisbah); anggaran kegagalan
dan pemodelan analisis kegagalan dipercepat, tugas teknik FEA; kegagalan berbantu
komputer atau perisian/software jangkaan kegagalan atau program seperti CPA.
Rujukan : 1. Crawford, R. J., “Plastics & Rubber Engineering Design &
Applications”, Mechanical Engineering Publications.
2. Crawford, R. J., “ Plastics Engineering”, Pergamon Press.
3. Collyer, A. A., “A Practical Guide to the Selection of High-Temperature
Engineering Thermoplastics”, Elsevier Advanced Technology.
KURSUS ELEKTIF
EBP 314/3 Penghasilan Resin
Objektif : Pelajar mengetahui dan memahami keperluan-keperluan di dalam penghasilan resin bermula
dengan rekabentuk plant hinggalah ke proses pembuatan, penyebatian, proses dan sifat-sifat
serta penggunaannya.
Sinopsis : Rekabentuk plant : pengenalan kepada rekabentuk plat, pembangunan rekabentuk proses,
perkara am yang perlu diambilkira untuk merekabentuk, pemilihan bahan dan fabrikasi.
Pembuatan, penyebatian, pemprosesan, sifat-sifat dan penggunaan untuk (1) resin termoset
seperti alkid, fenolik aminoplast, poliester, epoksi, poliuretana dan silikon; (2) resin
termoplastik perdagangan dan kejuruteraan seperti poliolefin, vinil, polistirena dan
kopolimer, poliamida, getah sintetik; (3) resin polimerik khas dan rintangan haba seperti
poliimida, polibenzimidazole, LCP dan sebagainya.
Rujukan : 1. Brydson, J. A., “Plastic Materials”, 5th. ed., Butterworth, 1989.
2. Fmed J. R., “Polyme Science and Technology”, Prentice Hall, 1995.
3. Mc Grum, N. G., Buckley, C.P. & Backnall, C.B, “Principles of Polymer
Engineering”, Oxford Science Publishers, 1988.
EBP 315/3 - Pemprosesan Gentian
Objektif : Mengenalkan kepada pelajar bahan polimer yang digunakan untuk menghasilkan gentian,
proses penghasilan gentian dan aplikasi gentian.
Sinopsis : Pengenalan kepada gentian : klasifikasi dan definasi. Pengenalan kepada pelbagai jenis
polimer yang digunakan sebagai gentian. Pembuatan dan pemprosesan gentian : keterlarutan
polimer, penyediaan larutan pemintalan, pembentukan gentian, pemintalan basah, pemintalan
kering dan pemintalan lebur. Gentian selepas pengolahan : pewarnaan, penyudahan,
pelinciran dll.
Proses penarikan gentian : regangan dan orientasi serta teknikteknik penarikan. Pengolahan
termal : teknik-teknik pengolahan termal dan kesan pengolahan termal terhadap sifat-sifat
gentian. Sifat-sifat gentian : ciri-ciri geometric struktur, fizikal, kimia dan faktor-faktor yang
mempengaruhi sifat-sifat gentian. Produk dan aplikasi gentian.
Rujukan : 1. Cowie, J. M. G., “Polymers : Chemistry and Physics of Modern
Materials”, , Blackie Academic & Professional, London, 1996.
2. Moncrief, R. W. , “Man-Made Fibres”, Heywood Books, London, 1970.
3. Mark, H. F., Gaylord, N. G., and Bikales, N. M., (editors) Encyclopedia of
Polymer Science and Technology, Interscience.
EBP 412/3 - Polimer Khusus
Objektif : Membiasakan pelajar dengan konsep polimer khusus, hubungan struktur-sifat dan
kegunaannya. Juga untuk membezakan polimer khusus jenis komoditi dan kejuruteraan.
Sinopsis : Definasi dan klasifikasi: sifat struktur dan hubungan aplikasi terhadap pelbagai jenis polimer
seperti polimer hablur cecair (LCP), floropolimer, ionomer, biodegradasi, dan polimer
biomedikal, polielektrolit, polimer untuk elektronik dan aplikasi elektrik; polimer untuk
pembungkusan khusus dan aplikasi perubatan; polimer untuk aplikasi kejuruteraan berat.
Tumpuan kepada gabungan unik sifat-sifat dan aplikasi khusus dan alam sekitar untuk setiap
polimer khusus. Polimer Adunan/aloi : konsep asas di dalam peningkatan sifat-sifat dengan
mengadun/aloi polimer ; tugas percampuran polimer, jenis/nisbah, keadaan
pengadunan;antarafasa (larut campur, tak larut campur, serasi) di dalam polimer adunan.
Syarat-syarat percampuran, konsep keserasian dan pengoptimum; struktur/sifat/hubungan
aplikasi di dalam polimer adunan/aloi komersil seperti hablur/amorfus, amorfus/amorfus,
getah/plastik dll. Kesan penambah seperti pengisi dan penguat dan kuratif.
Rujukan: 1. Brydson J. A., Plastic Materials, Butterworths, 1989.
2. Hudgin D. E., Plastics Technology Handbook, Meral Dekker Inc., 1993.
3. Encyclopedia of Polymer Science and Engineering, John Wiley & Sons Inc., 1985.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Semoga berkomentar yang positif dan membangun yah...
Semoga blog ini dapat bermanfaat...